Monday 18 November 2019

Resepi Cekodok Pisang Mudah

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, readers semua!

Akhirnya selepas setahun lagi baru Nuha update blog lagi, dan seperti biasa. Tiada cerita baru untuk Nuha kongsikan untuk readers semua.

Sayang, kan?

Ada cerita baru tapi agak leceh untuk Nuha kongsikan. Apa kata Nuha kongsikan resepi untuk buat Cekodok Pisang? Nak tak?

Nak? Ok ini resepinya. 

(Nuha belajar dari mak Nuha baru-baru ni. Almaklumlah Nuha bukan pandai sangat masak-masak ni)

Cekodok Pisang/ Deep Fried Banana Doughballs (5 orang makan)

6 biji pisang **
1 senduk gula** 
(guna senduk nasi )
1 sudu kecil garam**
½ sudu kecil baking powder**
½ sudu kecil baking soda**
250 ml air masak
(** blender bersama)
Tepung gandum secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara - cara;

1) Satukan semua bahan bertanda ** dalam blender dan hancurkan.

2) Masukkan tepung gandum secukupnya ke dalam bahan bertanda ** di dalam mangkuk. 

3) Kacau sehingga likat dan boleh dijemput dengan tangan. Tambah tepung gandum sekiranya perlu.

4) Panaskan minyak dalam periuk dan jemput bahan menggunakan jari atau sudu ke dalam periuk.

5) Golek-golekkan untuk mendapat bulat yang sempurna sehingga warna coklat keperang-perangan.

6) Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.





Tadaa~ Senang kan? Tak susah pun sebenarnya kalau rajin masak. 😝

Apa pun selamat mencuba~

Semoga bertemu lagi di entry yang akan datang.. Psstt.. Tahun depan.. 😝

Bye! 🤗

Wednesday 21 November 2018

Pertemuan Di Lain Waktu....

Omg! Omg!
Assalammualaikum para pembaca blog yang dirindui. Hampir setahun kita tak bersua pandang di sini.

Nuha pun dah tua.. Alhamdulillah masih bernyawa lagi. Maaf sekali lagi tiada entry menarik untuk dikongsi dengan kalian semua hanya kisah-kisah 'pencil diri' Nuha sahaja yang ada; itupun Nuha tak dapat nak kongsikan di sini.

Masa berganti masa, pelbagai peristiwa yang berlaku di dunia, banyak kisah sengsara dari bahagia, tapi itulah kehidupan kita manusia. Tak segan dan sunyi dari kesilapan dan ujian hidup. Selagi bernyawa dan bernafas itulah yang dilakukan dan diterima selama hidup.

Apa pun, tiada janji yang dapat Nuha buat untuk terus berkarya di sini. Entah mungkin ada benda yang menarik yang boleh dikongsikan akan Nuha atur baik-baik dan kongsi di sini.

Cuma, andai kata kalau umur tidak panjang lagi, mohon doa semua yang membaca di sini doakan Nuha di sana agar selamat hendaknya. Aamiin..

Semoga berjumpa lagi di lain pertemuan.

Wednesday 12 July 2017

Tulis Merapu Saje

Assalammualaikum semua, apa khabar? Sihat?

Maafkan Nuha lama tak menulis di dalam entry di blog ni. Dah berhabuk dah pun. Bersawang. Nuha terniat nak kongsi banyak cerita dengan semua tapi itulah. Masa dan keadaan selalu mencemburui Nuha untuk melakukannya. Sedih betul. Haha.

Kali ni sekadar berbasa-basi tentang cerita hidup Nuha yang tak seberapa ni. Alhamdulillah. Hidup Nuha baik-baik sahaja. Cuma itulah manusia sentiasa tidak sunyi dengan ujian. Begitu juga dengan Nuha.

Nak buat macam mana, itulah takdirnya, kan? :)

Setelah berbulan lamanya tak menulis, sengal pulak jari jemari ni nak menulis banyak-banyak kat sini. Tak tahulah macam mana dengan reader semua. Hidup mesti makin busy, kan? Pejam celik pejam celik dah 6 tahun blog ini ditubuhkan dan kelakarnya masih banyak yang Nuha tak tahu pasal blog dan buatkan blog ni nampak usang sangat. Sedih.

Sepatutnya semakin bergeraknya maju teknologi, semakin cepatlah dan banyaklah Nuha belajar pasal teknologi tapi malangnya takde. Sifu blogger pun Nuha tak tahu nak tanya siapa. Blog ni asasnya kawan Nuha buatkan. Saje Nuha suruh. Ikut trend masa tu kawan-kawan ada blog. Nuha pun nak ada blog jugak. Kawan Nuha ajar sikit-sikit jela macam mana nak guna blog ni tapi itu jelah yang dia ajar, kekal yang dia ajar jelah. Takde peningkatan. Sodehhh..

Takpelah, ada rezeki lebih nanti, Nuha nak share banyak benda dengan korang. Benda yang bermanfaat dan pastinya kurang merapu lagi. Tapi kalau Nuha masih merapu lagi maksudnya Nuha masih takde masa yang banyaklah nak buat entry best untuk korang baca. Sorry tau! Nuha dah khabar awal-awal ni. Jangan meluat pulak ^___^

Terima kasih sebab datang melawat.

Nanti Nuha menulis lagi ye! :)

Ilal Liqa'

Wednesday 28 September 2016

Siapakah Kita Untuk Menilai CINTA?

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua bloggers dan readers semua..
Semoga bahagia hendaknya disamping yang tersayang..
.
.
.
Lihat tajuk di atas, (alahai, cerita cinta lagi...)
pasrah benar membaca tentang cinta - cinta ni. Haha, memang kalau didengar selalu bab cinta - cinta ni kalau tak kena caranya memang lemau otak dan segala sendi yang ada. kan? Tapi kan, kita ni manusia, siapalah kita nak menilai tentang cinta ni, kan?
CINTA.. cinta adalah hal yang sangat subjektif, ia mempunyai pengukuran yang berbeza mengikut pemahaman seseorang. Ada yang merasakan Cinta adalah perasaan yang membahagiakan apabila kita menerima, memberi sesuatu yang kita sayang kepada orang lain atau benda lain, ataupun kepada seseuatu perkara yang lain. Mudah untuk kata, sangat sukar dan terlalu skeptitif dan komplikated untuk ditafsirkan maksud cinta ini.

Cinta ada pelbagai jenis, Cinta kepada Tuhan, Cinta kepada Alam Sekitar, Cinta kepada Haiwan, dan.. Cinta kepada Manusia..
 
Cinta kepada Manusia adalah hal yang paling sukar sekali, dimana pada satu - satu peringkat umur akan ada perasaan kita dilema dengan perasaan yang tak diundang, kadang namanya jodoh, kebanyakkanya pula datang dari bisikan syaitan dan permainan nafsu semata - mata.
 
Ada manusia kecundang dalam melawan mainan perasaan ini, hancur, kudung habis kebaikan yang dipupuk dengan ilmu agama. Ada pula yang berjaya melawan dan meraih kebaikan di akhirnya. Sayang sekali, setiap dari kita mempunyai perjuangan jiwa yang pelbagai dan masing-masing. Tewas dan menang. 
 
Namun, siapalah kita untuk menilai sebuah rasa Cinta yang sebenar? Selagi mana hati tidak lagi tergapai pada satu pergantungan jiwa pada Tuhan yang benar - benar kukuh? Kita akan sesat dan tidak akan menemui rasa yang sebenarnya. Pedih dan perit akan dirasakan.
 
Berdoalah, sebanyak yang kita mampu kepada Tuhan, semoga ditemui 'rasa' yang sebenar - benarnya Cinta itu. Bukan lagi cinta yang dipersiakan, bukan lagi cinta yang dipermainkan, bukan lagi cinta yang melemahkan, bukan lagi cinta yang menyesatkan.. Bukan semua itu.. Bukan..
 
Kecewa akan selalu kita rasai pabila bersama manusia.  Tiada siapa mampu lari dari apa sahaja yang mengecewakan termasuk cinta. Semua orang mempunyai masa silam yang berbeza dan pastinya ia adalah kejahilan yang kalau boleh kita mahu menangkup dan mengkambusnya dari sebuah kehidupan yang baru selama - lamanya. Namun, itua adalah sesuatu yang tak mungkin. Selagi kita punya kehidupan, selagi itulah kita akan masa depan dan selagi itulah kita mempunyai masa silam.
 
Kita tidak akan mampu menilai Cinta selagi mana kita masih dikaburi dengan kekecewaan. Bangkit dan bukalah mata kepada satu perjalanan yang baru dan teruskan berjalan (move on), mungkin kita akan menemui sesuatu yang lebih baik dari kekecewaan hari ini. 
 
Akhir kalam, tiada siapa mampu menilai Cinta yang sebenar melainkan Allah s.w.t. kerana penilaian kita seringkali meragukan dan mengelirukan akan tetapi penilaianNya sentiasa tepat dan yang terbaik buat kita. InsyaaAllah. :)
 
Jadi, Ayuh! Bangkit! Semangat!
 
Salam Sayang,
NuhaFansuri 
 
 
 
 
 

Thursday 22 September 2016

CERITA HIDUPKU...

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh..
Apa khabar semua para bloggers dan readers sekalian?
Semoga sihat wal afiat semuanya aku doakan..
.
.
.

Setelah berbulan lamanya tidak berbicara dan menulis bait - bait kalam dan suapan - suapan cerita di sini, harapnya aku pasti dirindui, :)

Sekarang sudah memeasuki pertengahan bulan September, kali terakhir aku menulis entry ini adalah bulan April tahun ini, bukan? Lama sungguh tidak menjengah ke sini.
Malas mahu menghitung, berbulan jugalah..

Cerita hidupku? Tiada yang seistimewa lagi, kali ini aku tidak lagi menjadi seorang pelajar di atas sebab - sebab yang tertentu aku menamatkan pengajianku separuh jalan. Malang, walang hati tapi apa yang harus aku mampu lakukan? Takdir hidupku mungkin... ( hanya mampu tersenyum... :) )

Seperti biasa aku menjalani hidupku seperti mana biasa yang manusia lakukan, makan dan tidur, melakukan aktiviti seharian yang aku mampu lakukan. Menghilangkan kebosanan kehidupan yang tidak secerah dahulu. Belajar untuk menerima realiti yang lebih nyata dari sebuah mimpi yang aku simpan dan angan - angankan selama hari ini.

Kematangan usia dan pengalaman hidup membuatkan aku jauh lebih berfikir, perlulah sebuah impian dan angan - angan didasari dengan sebuah paksi realiti yang mampu digapai dengan kemampuan bukan hanya sekadar sebuagh imaginasi tanpa batasan. Aku belajar lagi.

Allah sengaja memberi ujian untuk memberi kenal erti hidup yang sebenarnya. Ujian hidup kita berbeza dan tidak sama pada setiap orang namun selagi masih bernafas apa yang mampu kita lakukan adalah menerima segala takdir yang telah terikat kita dengan pegabdian kepada tali pengharapan dan pergantungan pada Allah yang Maha Esa. 

Nasib aku kini jauh lebih berbeza dari dahulu, kini tersungkur pada sebuah kenyataan dan takdir, tak ku duga apa lagi susur jalur hidupku akan mengarah ke sebuah haluan yang ke mana tujuannya lagi. Aku berdoa semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapinya lagi dan lagi. Aamiin.

Sekarang aku menghabiskan masa membaca buku - buku yang sedia ada di rumah ini dan kebanyakkannya tidak ku usik selama bertahun - tahun, maka masa yang senggang ini aku luangkan dengan membaca dan menambahkan pengetahuanku serba sedikit. Menghilangkan kebosanan.

Banyak sangat aku cerakin kan ni, karang bertukar jadi cerpen pendek pulak huhu. Apapun kita akan bersua lagi selagi usia aku masih panjang untuk menulis kepada anda semua. Semoga bertemu lagi,
 Kalam Kasih, NuhaFansuri..

Ma'as Salamah Wa ilal Liqa' 

Saturday 2 April 2016

Catatan Kehidupan Singkat

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Sudah lama kita tak bersua dalam entry dan blog kali ini.
Hampir berbulan juga ye.
.
.
.
.

Maaf Nuha tak berkesempatan mahu menulis entry yang baru kerana banyak hal dan peristiwa yang Nuha sedang lalui terlalu sibuk sehingga melupakan blog ni.

Nuha sekarang dah berpindah tempat belajar ke tempat asal Nuha di pantai barat. Mungkin tiada rezeki untuk menimba ilmu dan bakti di tanah pantai timur. Takpelah, Nuha terima segala takdir yang sudah tertulis untuk Nuha.

Sekarang Nuha mabil aliran kemahiran di salah sebuah kolej kerajaan. Alhamdulillah selama 3 minggu Nuha belajar, banyak ilmu baharu Nuha dapat.

Semoga ade berkah di sebalik semua ilmu ini. Semoga boleh dijadikan manfaat kepada masyarakat dengan sedikit ilmu dan kudrat yang diberi oleh Allah yang Maha Esa.

Hidup Nuha sekarang banyak mengubah pandangan Nuha terhadap dunia sekarang. Apepun segala yang terburuk dan terbaik Nuha percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Doakan Nuha baik2 sahaja ye. Aamiin.

Semakin Nuha menginjak dewasa. (Alhamdulillah dah 20 tahun sekarang ini. ) Nuha banyak berfikir tentang masa depan. Masa depan dunia dan akhirat.

Terbaca entry yang lama2 dulu. Nuha rasa nak tersenyum, gelak dan menangis. Ini baru sahaja apa yang Nuha tulis, apa agaknya catatan sebuah kehidupan yang Nuha bakal terima di akhirat? Tangan atau tangan kiri? ( tersedar penuh dosa dalam diri...)

Nuha masih dalam pencarian diri. Pencarian dunia dan pencarian hakiki. Keindahan dunia dan kesengsaraannya mengajar banyak perkara dalam kehidupan. Mohon kuat dalam menjalani kehidupan yang singkat ini berbanding akhirat yang panjang nanti.

Semoga semua pemca blog ini terus sihat dan sentiasa berada dalam redha Tuhan. Tanpa Tuhan, siapalah kita,

Sehingga bertemu di entry akan datang. In shaa Allah. 

Wednesday 12 August 2015

Aku Dah Sambung Belajar

Assalammualaikum wb.t.. Semua pembaca setia yg tak berapa nak setia..hahaha

Alhamdulillah hampir setahun kita tak bersua akhirnya..dapat jugak aku menulis dalam ruangan blog aku yang tak seberapa ni... memandangkan netbook aku tengah K.O sekarang ni so aku pasrah jela..

So, sekarang aku gunakan komputer kat library kolej untuk menulis entry yang baru untuk korang..

so...nak cerita baru?

Haaa.. aku sekarang dah sambung belajar ..sambung diploma...Alhamdulillah impian aku dah tercapai dalam nak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 

Aku dapat sambung belajar dalam bidang DIOSH di sebuah kolej swasta di Terangganu..

so..budak pantai barat ni akhirnya dah tercampak di sebuah persisiran pantai timur..jauh dari tempat aku...jauh dari rumah..

so,....aku dah nak masuk 3 minggu kat sini dah mula dapat sesuaikan diri di tempat baru..dapat kawan2 baru.. Alhamdulillah setakat ni takde masalah lagi yang berat timbul...


Seronok? Adventure.. Cool..

Cabaran kat sini banyak,.. nak taknak kena kuatkan semangat menghadapi dunia yang baru..dan persekitaran yang baru..maybe a little bit culture shock! huhuhuhu...


So..guys.. korang yang dah stay tempat baru.. ingat satu benda penting ni.. di mana pun kita jangan jadi hipokrit..jadi diri sendiri... jangan terlebih jujur bila berhadapan ngan orang baru..kita tak tahu orang baru tu dia niat apa dengan kita.. dan JANGAN LUPA ALLAH SWT..

Tanpa Allah siapalah kita di atas muka bumi ni..

Dan jangan lupakan mak ayah kita... contact diorang walaupun sekali sekala..sekali seminggu paling kurang la.. tapi lagi baik kalau contact setiap hari.. sebab mak ayah kalau tak redha.. nak belajar apa pun susah beb...

kawan tetap kawan jugak tapi.. jangan nak lupa diri sangat kat tempat baru..peringatan untuk diri sendiri jugak... huhuhuu

oklah.. setakat ni jer entry baru ni..nanti kita bersua lagi di entry yang akan datang... In shaa Allah.. doakan yang terbaik untuk kita semua...

Maas salamah..wa ilal liqa'..

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh..

Its About Me!

My photo
Lumut, Perak, Malaysia
Seluas dan sedalam lautan dunia pun masih tidak mencukupi untuk mengukur ANUGERAH ALLAH yang TIADA TERNILAINYA..

Translate

Cute Gingerbread Man