Saturday, 21 December 2013

BAITUL MUSLIM

Assalammualaikum, apa khabar  semua pembaca nuha? Sihat? Alhamdulillah hendaknya nuha harapkan dari semua..

Cuti bulan Disember bakal berkahir tak lama lagi, jadi tak lama lagi semua orang akan kembali ke sekolah seperti biasa.. Nuha pula sudah tamat persekolahan secara rasmi.  Tamat sudah perjuangan nuha di zaman sekolah menengah.. Tamat sudah 11 tahun menimba ilmu di bawah penjagaan ibu yang tercinta sepanjang ketiadaan ayah selama 17 tahun..

Alhamdulillah.. Nuha dapat lakukan SPM dengan sebaiknya. Banyak ranjau dan duri yang Nuha tempuhi sepanjang tahun 2013 ini. Nuha harap keputusan yang bakal keluar pada bulan Mac 2014 ini bakal memberi hasil yang terbaik. In shaa Allah.

Nuha masih lagi istiqamah menjadi seorang niqabis. Namun demikian, ranjau dan onak duri sebagai niqabis belum lagi terhenti. Perjalanannya baru hendak bermula. Dugaan yang nuha tempuhi diharap berbaloi untuk nuha bawa ke akhirat. In shaa Allah.

Di usia muda kini, terdapat cerita2 di luar sana yang telah mendirikan 'Baitul Muslim' di usia muda. Entah kenapa nuha pun berkeinginan ke arah situ. Mendirikan baitul muslim sendiri. Namun, cabarannya besar. Tanggungjawab yang besar. Kos sara hidup yang besar. Nuha pening. Ragu2.

Orang dulu kalau nak mendirikan 'baitul muslim' mudah sahaja. Tapi pada zaman sekarang segala permasalahan hidup timbul. Ramai yang tak sanggup ingin melaksanakan hasrat mereka kerana permasalahan tersebut. Malah, ada yang sanggup membujang sehingga lanjut usia!!

Astaghfirullah...

Nuha rungsing akan hal ini. Nuha bukanlah pak menteri yang berbicara tentang Bajet 2014. Nuha nak kira bajet sendiri pun masih terkial2. Nuha mempunyai keinginan yang tinggi untuk membina 'baitul muslim' dengan 'jodoh' yang baik. Nuha nampak macam gatal kan? Usia baru 18 tahun. (Nuha dah sambut birthday 14 safar lalu)

Lumrah sebuah kehidupan, Nuha juga manusia biasa. Nuha tak pernah lari juga dari kocahan 'cinta' . Namun, semuanya tak kekal. Gagal di tengah jalan.

Atas sebab2 tertentu, nuha terpaksa lupakan hasrat nuha . Dasar jiwa ingin saling menyayangi dan mencintai meruntun jiwa nuha yang mendalam. Tetapi nuha sedar agama perlu ditunjangkan dahulu. Kalau tidak generasi masa depan pasti hancuss atas didikan yang tak berkesan dan melulu sahaja...

Allahua'lam...

Sebelum pembaca menjulung nama nuha sebagai 'niqabis gedik'. Nuha ingin sangkal awal2. Tak semestinya yang niqabis ini perlu menyimpan seribu rasa terhadap hati mereka sendiri. Maaf nuha luahkan begini. Tapi nuha juga mewakili ada segelintir anda di luar sana yang ingin 'dicintai' dan ingin mendirikan 'baitul muslim' di usia muda.

kesian kan?

In shaa Allah.. nuha harap sangat ada jodoh yang terbaik di luar sana menghadiahkan sebuah kehidupan yang mawaddah wa rahmah (yang tenang lagi membahagiakan) kepada nuha melalui 'baitul muslim'. Nuha berdoa..pembaca nuha juga begitu. Mendapat jodoh yang terbaik dan melahirkan generasi yang baik agamanya... in shaa Allah..

Semoga kita semua dirahmati Allah..

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA..

Maas' Salamah Wa Ilalliqa' 

Sunday, 4 August 2013

NUHA FANSURI

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah... Hari ni nuha berkesempatan lagi untuk menulis entry lagi. Hehehe.. :) 
Kali nuha nak cerita perjalanan hidup nuha sebagai seorang ahli niqabis yang baru. Nuha tak tahu nak mulakan kat mane dulu ye.. hrmmmmm....

Ok, this is the beginnings... 

Nuha bila dah jadi niqabis ni, alhamdulillah, takdela orang nak tanya soalan pelik-pelik kenapa nuha pakai niqab ni. (setakat ni la... )

Nuha jalani hidup nuha macam biasa walaupun kadang-kadang nuha segan bila bukak niqab ni. Sukar jugak nak sesuaikan diri dengan keadaan dah berniqabis ni. Sebenarnya nuha sebelum ni tak pernah terfikir nak jadi seorang niqabis dalam usia semuda ni, cuma mungkin sebab desakan nak jadi yang lebih baik dan ingin bermujahadah. Nuha lakukan jer...

Nuha bukanlah insan yang baik sangat, nuuha ni biasa sahaja cuma bezanya nuha ni takde kawan-kawan yang baik dan senantiasa beri dorongan, nuha cuma ada teman yang kadang 'datang' dan kadang 'pergi' menjengah hidup nuha dan nuha tak pernah mengaku mereka tu kawan nuha pun..

Sejak jadi seorang niqabis ni, hidup nuha taklah beza sangat, sama sahaja, cuma nuha dah cuba kawal diri nuha supaya tak bercakap banyak.  (Sebab Nuha ni talkative orangnya hikhik...) Nuha belajar untuk jadi seorang muslimah ''yang tidak dipandang dan tidak memandang''.

Allah....

Sukarnya..tetapi sebab nuha suka, sukar tu nuha buang jauh-jauh. Tak terkesan pun rasa susah tu di hati. Alhamdulillah..

Nuha belajar untuk jadi yang terbaik, walapun nuha tahu nuha bukanlah yang terbaik pun. Nuha belajar untuk lebih cekal dan tabah. Nuha belajar untuk mengawal perasaan marah, benci yang kadang-kadang hadir tak menentu dalam diri nuha.

Sukar nak jadi seorang muslimah tetapi berbekalkan keyakinan kepada Allah semuanya adalah tidak mustahil untuk digapai. Mungkin kadang-kadang nuha akan berputus asa dalam hidup nuha, tetapi di dalam keterpaksaan tu, nuha perlu jugak teruskan hidup.

Menjadi seorang niqabis bukanlah menjanjikan sebuah ''kesempurnaan'', cuma ia hanya menutup kekurangan diri sebagai seorang ''wanita''. Wanita dilahirkan sebagai lemah dan mempunyai ''kekurangan'' yang banyak namun di dalam kekurangan itu ada jua kekuatan yang tidak terbanding dengan seorang lelaki. Justeru, seorang ''wanita'' haruslah menutup ''kekurangan'' diri agar menjadi seorang yang dihormati di kalangan kaum lelaki.

Apepun memang tak sukar untuk menjadi seorang yang ''baik'' cuma ia hanya perlukan kemahuan yang tinggi dan kesabaran dalam menangkis dugaanNYA. 

Nuha mengenangkan diri nuha yang mungkin masih lagi menjadi ''penghuni neraka'' kerana masih tidak dapat mencapai ''nafsu muthmainnah'' yang suci lagi baik untuk menjamin seorang hamba itu ke syurga Allah.

Namun, nuha berdoa semoga Allah senantiasa memberkati diri ini untuk teruskan perjuangan di bumiNYA dan memberi kesabaran di hati sehingga di tiisan nafas yang terakhir. In shaa Allah.

Saturday, 3 August 2013

AKU SEORANG NIQABIS... :)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Ape khabar semua pembaca blog nuha? Sihat? Alhamdulillah, semoga kita semua diberkati Allah dan sentiasa di dalam keredhaanNya. In shaa Allah. :)

Maafkan nuha, baru hari ni nuha dapat menulis entry untuk kali ni sebab nuha busy nak buat preparation untuk TRIAL SPM yang bakal menjelang tak lama lagi. (3 minggu dari sekarang...) Sepatutnya nuha struggle unuk preparations kan? Tapi nuha nak luangkan masa untuk menulis entry kali ni supaya dapat dibaca dan dimanfaatkan untuk semua. 

Nuha ada cerita nak share. Ni tentang perubahan diri nuha yang baru berlaku pada tahun ini. Alhamdulillah. Allah memberi hidayah kepada nuha untuk terus berubah ke arah NurNya. Syukur ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah. 

Nuha dah mula berhijab dengan sempurna. Bukan nuha dulu tak berhijab. Cuma nuha 'tak sempurna' dalam menutup aurat seperi mana yang diperinahkan Allah S.W.T. dalam firmanNya;

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)

Ini Surah An-Nuur, dan ada satu lagi surah dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Ahzab dalam firmanNya;

لا جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي آبَائِهِنَّ وَلا أَبْنَائِهِنَّ وَلا إِخْوَانِهِنَّ وَلا أَبْنَاءِ إِخْوَانِهِنَّ وَلا أَبْنَاءِ أَخَوَاتِهِنَّ وَلا نِسَائِهِنَّ وَلا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ وَاتَّقِينَ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدًا

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-ahzaab, 33: 59)

Di sini, ada perintah untuk semua muslimah yang beragama ISLAM untuk menutup aurat mereka supaya mereka mudah dikenali dan tidak diganggu. Bermaksud, supaya dikenali sebagai wanita yang 'baik-baik'Wanita sangat dihormati di dalam ISLAM sehinggakan maruah mereka di pelihara oleh Allah S.W.T. 

Setelah nuha membaca firman Allah dalam Al-Quran. Terdetik di hati nuha untuk berubah. Nuha mula mengenakan tudung labuh, stokin kaki, stokin tangan, baju t-shirt muslimah dan selar track. Namun, nuha juga sudah mengenakan niqab/purdah untuk melengkapkan  diri nuha.

Inilah yang nuha nginkan ceritakan pada hari ni pada semua pembaca semua. Nuha mengenakan niqab/purdah ni bukan sajer2 nak menunjuk nuha ni ''alim'' atau ape-ape sahaja yang sama waktu dengannya. Nuha berniqab atau berpurdah ni untuk melindungi nuha daripada gangguan lelaki ajnabi.

Nuha pada mulanya, cuma tengok kakak-kakak senior nuha pakai purdah tapi setelah mereka masuuk universiti lah. Takpun yang masuk sekolah maahad atau sekolah tahfiz. Nuha memang kagum bila tengok mereka pakai. Sejuk jer mata memandang. Lega hati ni. :)

Cuma nuha masa tu tak berani nak pakai sebab nuha rasa nuha tak layak nak pakai pudah atau niqab ni sebab tanggapan nuha masa tu hanya orang yang ''suci'' dan ''mendalami ilmu agama'' sahaja boleh pakai purdah atau niqab ni. Tapi sekarang nuha sedar tak semua orang ''perfect'' kan? So, keep learning.... :)

Nuha baca blog-blog islamik kat internet. Salah satu blogger yang buat nuha nak berubah, ialah http://cahayaillahee.blogspot.com/.  Entry ni memang bagus. Banyak manfaat yang nuha dapat daripada blogger ni. Ada ramai lagi blogger yang nuha memang suka baca entry nya. Tetapi ini sahaja nuha dapat ingat. Nuha tak follow lagi blogger ni. Nanti nuha follow. hehe.. :)

Melalut pulak nuha ni. So, this is the story... 

Nuha tak beli niqab, nuha buat sendiri sebab nuha tak jumpa, ada kedai yang jual niqab masa tu. Kalau ada pun, shopping online jer. Nuha mana reti nak beli online ni, so nuha pun buat sendiri la. First of all, nuha buat research dulu. Yela, mana la nuha tahu macam mana nak jahit purdah ni. So, nuha buat research, lama jugakla nak cari, leceh.. sebab masa tu tak ada lagi blogger yang buat entry pasal cara nak jahit niqab atau purdah ni. So, cari punya cari, jumpa.. Nuha jumpa http://kakchik.com/  Nuha memang suka dengan entry kakchik sebab kakchik ada buat tutorial nak jahit purdah ni. Simple jer...tapi ambil masa jugakla nak jahit purdah ni.. hoho

First purdah nuha, so ugly... Bila tengok balik macam ''kain langsir tergantung'' kat muka. Betul buruk! Tapi nuha memang bangga dengan pencapaian nuha masa tu. Nuha suka sangat dengan purdah nuha masa tu walaupun buruk. So, ke mana sahaja nuha pergi, memang nuha akan pakai purdah tu. (tak semua tempat la... macam pasaraya dan pergi bercuti jer..) No wonder la ramai tengok nuha pelik jer, rupanya purdah nuha memang nampak pelik.. haha xD

Nuha tak giving up dengan first purdah nuha. Nuha buat second purdah nuha selepas 3 bulan nuha buat first purdah nuha. Kenapa selepas 3 bulan? Nuha busy sangat dengan study. So, ada kesempatan waktu, nuha buat purdah kedua nuha. Nuha perbaiki cara nuha jahit. Untuk nampak ada sikit ''perfection'' tapi tak banyak la. Ada sikit kesilapan, tak panjang dan tak menutup sisi muka nuha dengan baik. ( its okay, second try...) 

Nuha buat researching dan nuha jumpa kat youtube, http://www.youtube.com/watch?v=trQ-EVrnRRY (Cara Nak Jahit Purdah), hoho, delightful... :D Nuha hepi sangat, so, nuha buat lagi purdah nuha untuk kali yang ketiga, menjadi tu menjadi tapi sekali lagi tak berapa cantik... huhu.. the same mistakes occur again! NOT GIVING UP!

Huhu, perih betul nak buat purdah ni ye. Takpe, everythings needs effort! Nuha buat lagi tapi kali ni bukan purdah tapi NIQAB!


Gambar ni nuha copy paste jer, nuha tak kenal pun sape orang ni tapi nuha nak bagitahu, nilah nuha jahit. NIQAB! Niqab yang macam ni. Hoho! Kali ni MENJADI! :D

Nuha memang excited sangat! 2 hari nuha cuba siapkan dengan mengikut tutorial dengan tekun kat blog ni http://raihcintaallah.blogspot.com/2013/04/cara-jahit-niqabpurdah.html  Nuha memang proudly dapat jahit niqab ni, hoho.. So beautiful! :D

Nuha try pakai untuk pertama kali masa pergi kenduri rumah cikgu tuisyen nuha yang anak sulung dia baru jer kahwin. Alhamdulillah, masa mula-mula nuha wonder jugak macam mana nak makan sambil pakai niqab ni, tapi selepas tengok gambar ni. nuha yakin nuha boleh buat walaupun masa mula-mula susah jugak, berterabur makanan macam budak kecik. huhu :)


Nuha memang suka dengan perubahan nuha kali ni, nuha bertekad untuk bermujahadah dalam menggapai mardhatillah (redha Allah). Nuha tahu nuha tak ''perfect'', tapi nuha try jugak, nak berubah, walaupun bukan hari ni semua perubahan tu dapat dilihat tapi nuha akan cuba berubah jugak. In shaa Allah. Doakan nuha ye semua? :)

Nuha buat purdah yang keempat, kali ni nuha cuba dapatkan kain yang sesuai untuk buat purdah ni, bukan boleh sebarangan buat purdah dengan kain yang tak sesuai, tak selesa nanti. Nuha buat research kat facebook, dapatkan maklumat dari kawan-kawan niqabis nuha, Mereka cakap, kain chiffon dan koshibo antara yang paling sesuai buat niqab, tak panas, sejuk dan cantik, mudah digosok dan susah nak kedut, ada lagi satu jenis kain tapi nuha tak ingat nama kain tu ape.. huhu

Nuha teruskan menjahit dan menjahit, macam biasa ada jugak kesilapan. Tapi, untuk kali yang kelima, baru menjadi, dengan peincian ukuran yang betul, nuha dapat buat yang terbaik! Alhamdulillah.... :)

So, nuha dah mujahadah dalam berpakaian. Nuha tak dipaksa oleh sesiapa pun, jauh sekali  nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa yang uha ni ''alim''. Nuha cuma nak jaga diri nuha, supaya nuha tak diganggu lagi macam dulu. Alhamdulillah, sejak nuha berniqab, lelaki ajnabi kat tempat tuisyen nuha dah tak kacau nuha macam dulu lagi, mereka hormatkan pendirian nuha dengan baik sekali. Alhamdulillah... :)

Selain itu, pemakaian purdah atau niqab ni, pemakaian isteri para nabi. Kalau ikut SUNNAH dapat PAHALA. Kalau tak ikut pun takpe. Tak dosa pun. Tapi ada dalil dari 4 mazhab yang nuha ambil dari http://syahirul.com/ ;

Mazhab Hanafi
Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار
“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)

2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة
“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)

3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب
“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)

4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة
“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)
5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة
“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)
Mazhab Maliki
Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.
1. Az Zarqaani berkata:
وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني
“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)
2. Ibnul Arabi berkata:
والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها
“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)

3. Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها
“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

4. Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح
“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)
5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:
وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب
“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)
Mazhab Syafi’ie
Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.
1. Asy Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ
“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن
“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)
4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)
Mazhab Hanbali
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر
“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة
“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)
2. Ibnu Muflih berkata:
« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها
“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)
3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »
“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)

4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب
“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb, link)
Nuha memang ikut mazhab Imam As-Syafi'e, kewajipan memakai purdah di hadapan lelaki ajnabi tapi pada zaman modenisasi kini, sukar untuk mengikut dengan sepenuhnya kerana ada batasan tertentu sebab nuha masih lagi bersekolah dan nuha sekolah di sekolah biasa iatu sekolah kerajaan bukan sekolah maahad atau sekolah tahfiz, nuha tak boleh pakai niqab di sekolah kerana menyalahi etika pemakain seorang pelajar perempuan di sekolah nuha. So, nuha bertekad selepas nuha tamat sekolah pada tahun ini, nuha akan istiqamah dalam pemakaian niqab ini. In shaa Allah. :)

Nuha sekarang dalam kajian untuk menjahit niqab butterfly dan niqab arab saudi@ niqab 3 layer, so, doakan nuha untuk berjaya buat kajian ni ya. Amiin.. :)

Nuha harap dengan perkongsian ilmiah ini mampu memberi manfaat kepada semua pembaca blog nuha untuk terus mujahadah dan istiqamah dalam pemakaian  menutup aurat dengan lebih sempurna. In shaa Allah.

Sekian dari nuha, In shaa Allah dalam masa akan datang nuha akan menulis entry baru untuk semua pembaca sekalian, ok?

Wassalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh...
Asif Jiddan.

Yang Baik Datangnya Dari Allah, Yang Kurang Datangnya Dari Diri Nuha Sendiri..... 


Wednesday, 27 March 2013

DI SEBALIK KANAK-KANAK

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh....

Hrmmmmm.....nak tulis ape ek, kali ni?? Kanak-kanak... ohhh ye.. Kanak- kanak ataupun bahasa biasa kita gunakan..budak-budak..


Budak-budak...
Saya sayangkan budak-budak a.k.a kanak-kanak ni, bagi saya mereka ni ibarat kain putih yang masih belum dikotori warnanya dengan kekotoran dunia ini. Senyuman mereka, mampu melunturkan seribu keresahan jiwa dan masalah yang melanda jiwa. Indahnya jika kita mampu jadi seperti kanak-kanka ini, tiada keresahan, hanya tawa dan senyuman dan kegembiraan yang hadir di wajah-wajah mereka.... Alangkah indahnya kita mampu jadi begitu... 

Andai masa bisa diputarkan semula, tidak ingin aku membesar menjadi dewasa....

Tetapi.....masa tak mungkin berputar kembali. Hidup mesti diteruskan. Cabaran dunia harus dihadapi. Tekanan sekeliling. Tekanan dalaman harus dan harus serta WAJIB di dihadapi... Kerana Allah itu Maha Bijaksana.. Sekiranya semua orang mampu memutarkan masa kembali.. Nescaya tiada pengukuran dan balasan yang bakal dihisab.. Malah populasi manusia juga tidak akan bertambah. Bijak bukan???

Kanak-kanak... insan yang baru ingin menapak dalam dunia ini. Mengorak langkah di dalam dunia yang penuh kekotoran yang bisa melunturkan hati mereka yang suci dan bersih itu.


Kanak-kanak ibarat kain putih yang bersih. Kita sebagai ibubapa yang mampu memcorakkan warnanya. Warnakanlah warna-warna yang indah agar hidupnya bahagia, jangan warnakan warna-warna suram nescaya hidupnya binasa.

Begitulah lumrah dunia, kata-kata ini ditujukan khas buat ibubapa yang baru memperoleh cahayamata. Anak-anak perlu dicorak dengan warna-warna indah. Ya! Warna Indah! Warna-warna itu adalah perlambangan bagi SIKAP, PERBUATAN, TATASUSILA, ADAB DLL yang BAIK!!! Itu yang sepatutnya diterapkan dalam diri anak-anak ini. Bukannya WANG semata-mata. AJARAN AGAMA ISLAM YANG SEBENAR harus dan WAJIB diajar dalam diri setiap diri kanak-kanak ini.

Amat menyedihkan bagi saya bila berhadapan dengan kanak-kanak ini, soalan yang mudah saya ajukan pada mereka, TAHU BACA BISMILLAH TAK, ADIK-ADIK????

Jawapannya: BISMILLAH??? BISMILLAH TU APA??? TAK PERNAH DENGAR PUN, KAK???

Astaghfirullahal azim.... Jika ini jawapannya... Bagaimana mereka ini dewasa kelak??? perkataan yang sebegitu mudah.... hanya BISMILLAH mereka tidak tahu. Bagaimana dengan ayat-ayat Al-Quran Kalamullah...??? Pasti itu pun mereka tak tahu.

AMAL tanpa ILMU adalah BUTA, ILMU tanpa AMAL adalah LUMPUH...

Kanak-kanak ini, mereka dilahirkam tanpa mengenal apa-apa erti kehidupan ini pada dasarnya. Mereka dilahirkan untuk MENERIMA SEGAL-GALANYA dalam hidup ini sebagai maklumat dalam menjalani kehidupan TANPA TAHU APAKAH MAKLUMAT ITU SESUAI DENGAN MEREKA ATAU TIDAK!!!!!!!  Sangat menakutkan akan fakta ini.

Hakikatnya kanak-kanak itu harus diberi tunjuk ajar bagaimana hendak menapis maklumat yang mereka gunakan dengan cara yang betul....dan itu bermula dari ajaran IBUBAPA!!!!!! Didikan mereka haruslah yang relevan dan sesuai dengan aliran ilmu yang sepatutnya menjadi TONGGAK PEGANGAN HIDUP seseorang manusia itu. Biarlah ajaran dan ilmu tu nampak POYO!!!!!!!!!!(bagi orang lain...) Tapi bagi mendidik anak-anak untuk menjadi SEORANG INSAN!!!!!!!! SEMUA ITU ADALAH WAJIB!!!!!! BUKAN HARUS, BUKAN SUNAT, BUKAN MAKRUH MAHUPUN HARAM TETAPI WAJIB!!!!!!!!!!!!! INGAT YE, WAJIB!!!!!!!

Anak-anak ini, sebenarnya....adalah anugerah dari Allah buat hamba-hambanya. Lambang cinta antara dua pasangan yang menjalin cinta dalam ikatan sebuah perkahwinan. Jadi, didiklah mereka dengan DIDIKAN YANG SEMPURNA IAITU AJARAN-AJARAN DALAM AGAMA ISLAM TERUTAMANYA ADAB-ADAB YANG DISYARIATKAN DALAM ISLAM!! ADAB ini PENTING!! Bertujuan memberi PEMBENTUKKAN AKHLAK YANG SEMPURNA! 

Kesimpulannya,,,,,,,,,


Anak-anak terbentuk dari didikan ibubapa, Jika tercorak HATI mereka dengan BAIK, maka BAIKLAH JASAD mereka... INSYAALLAH, amalan mereka di dunia juga DIREDHAI ALLAH JUA!!! AMIN!

Salam ukhwah buat semua...... SEGALA-GALANYA BERMULA DARI KANAK-KANAK!!!!!

    WASSALAMMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WABARAKATUH!!!! :)

Its About Me!

My photo
Lumut, Perak, Malaysia
Seluas dan sedalam lautan dunia pun masih tidak mencukupi untuk mengukur ANUGERAH ALLAH yang TIADA TERNILAINYA..

Translate

Cute Gingerbread Man