Saturday 21 December 2013

BAITUL MUSLIM

Assalammualaikum, apa khabar  semua pembaca nuha? Sihat? Alhamdulillah hendaknya nuha harapkan dari semua..

Cuti bulan Disember bakal berkahir tak lama lagi, jadi tak lama lagi semua orang akan kembali ke sekolah seperti biasa.. Nuha pula sudah tamat persekolahan secara rasmi.  Tamat sudah perjuangan nuha di zaman sekolah menengah.. Tamat sudah 11 tahun menimba ilmu di bawah penjagaan ibu yang tercinta sepanjang ketiadaan ayah selama 17 tahun..

Alhamdulillah.. Nuha dapat lakukan SPM dengan sebaiknya. Banyak ranjau dan duri yang Nuha tempuhi sepanjang tahun 2013 ini. Nuha harap keputusan yang bakal keluar pada bulan Mac 2014 ini bakal memberi hasil yang terbaik. In shaa Allah.

Nuha masih lagi istiqamah menjadi seorang niqabis. Namun demikian, ranjau dan onak duri sebagai niqabis belum lagi terhenti. Perjalanannya baru hendak bermula. Dugaan yang nuha tempuhi diharap berbaloi untuk nuha bawa ke akhirat. In shaa Allah.

Di usia muda kini, terdapat cerita2 di luar sana yang telah mendirikan 'Baitul Muslim' di usia muda. Entah kenapa nuha pun berkeinginan ke arah situ. Mendirikan baitul muslim sendiri. Namun, cabarannya besar. Tanggungjawab yang besar. Kos sara hidup yang besar. Nuha pening. Ragu2.

Orang dulu kalau nak mendirikan 'baitul muslim' mudah sahaja. Tapi pada zaman sekarang segala permasalahan hidup timbul. Ramai yang tak sanggup ingin melaksanakan hasrat mereka kerana permasalahan tersebut. Malah, ada yang sanggup membujang sehingga lanjut usia!!

Astaghfirullah...

Nuha rungsing akan hal ini. Nuha bukanlah pak menteri yang berbicara tentang Bajet 2014. Nuha nak kira bajet sendiri pun masih terkial2. Nuha mempunyai keinginan yang tinggi untuk membina 'baitul muslim' dengan 'jodoh' yang baik. Nuha nampak macam gatal kan? Usia baru 18 tahun. (Nuha dah sambut birthday 14 safar lalu)

Lumrah sebuah kehidupan, Nuha juga manusia biasa. Nuha tak pernah lari juga dari kocahan 'cinta' . Namun, semuanya tak kekal. Gagal di tengah jalan.

Atas sebab2 tertentu, nuha terpaksa lupakan hasrat nuha . Dasar jiwa ingin saling menyayangi dan mencintai meruntun jiwa nuha yang mendalam. Tetapi nuha sedar agama perlu ditunjangkan dahulu. Kalau tidak generasi masa depan pasti hancuss atas didikan yang tak berkesan dan melulu sahaja...

Allahua'lam...

Sebelum pembaca menjulung nama nuha sebagai 'niqabis gedik'. Nuha ingin sangkal awal2. Tak semestinya yang niqabis ini perlu menyimpan seribu rasa terhadap hati mereka sendiri. Maaf nuha luahkan begini. Tapi nuha juga mewakili ada segelintir anda di luar sana yang ingin 'dicintai' dan ingin mendirikan 'baitul muslim' di usia muda.

kesian kan?

In shaa Allah.. nuha harap sangat ada jodoh yang terbaik di luar sana menghadiahkan sebuah kehidupan yang mawaddah wa rahmah (yang tenang lagi membahagiakan) kepada nuha melalui 'baitul muslim'. Nuha berdoa..pembaca nuha juga begitu. Mendapat jodoh yang terbaik dan melahirkan generasi yang baik agamanya... in shaa Allah..

Semoga kita semua dirahmati Allah..

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA..

Maas' Salamah Wa Ilalliqa' 

Its About Me!

My photo
Lumut, Perak, Malaysia
Seluas dan sedalam lautan dunia pun masih tidak mencukupi untuk mengukur ANUGERAH ALLAH yang TIADA TERNILAINYA..

Translate

Cute Gingerbread Man