Monday, 2 June 2014

Bukan Universiti Sahaja Tempat Orang Berjaya~



Assalammualaikum para blogger dan readers semua, dan salam 1 Malaysia hendaknya, apa khabar? Sihat? Maaf lama tak berkunjung khabar menulis artikel di sini. Aku sibuk sikit sebab sejak keluar ‘result’ SPM, aku agak sibuk nak memohon sana sini IPTA/IPTS. 

Tapi malangnya, aku tak dapat mana-mana IPTA yang aku inginkan. Huhu.. Tak apelah rezeki di tangan ALLAH SWT. Tak dapat tu maksudnya ade rezeki kat tempat lain lah tu. It’s okay… (senyum sokmo)
IPTS pulak duit kena banyak keluar. Kadang-kadang tak masuk akal je pembayarannya. Jadi,  disebabkan kecurigaan yang tinggi dan was-was tu, aku rasa lebih baik tak perlu pergi ke mana-mana IPTA/IPTS. (buang masa je..)

Sekarang ni kan banyak sangat graduan menggangur sana sini, hinggakan pangkat PhD pun ade. Haisshh..susahlah macam tu, mak ayah dah ‘melabur’ duit banyak pada kita, tapi kita? Nak membalas balik tu dah susah, akhirnya mati kena kutuk je. Bukan kena kutuk ngan masyarakat je, mak ayah kita yang menjadi sumber ‘keredhaan’ dan ‘keberkatan’ hidup tu pun bakal kutuk kita diam-diam kalau tak kutuk pun akan sedih memikirkan tentang kita yang tak menentu hala tuju hidup.

Harapan mak ayah kita ni satu je bukan nak ape pun, nak kita bahagia dengan hidup kita, mampu berdikari dengan kaki sendiri, ada keluarga sendiri, mampu membina kehidupan yang jauh lebih baik dari mereka sendiri. Itu sahaja.. 

Jadi, kalau kita belajar setinggi langit pun sampai berhabis tanah mak ayah kita gadai nak bagi kita belajar di IPTA/IPTS tapi akhirnya jadi ‘graduan penganggur’, ape gunanya? Sijil banyak berhimpun dalam rak sampai berhabuk pun ape gunanya kalau tak bekerja sesuai dengan sijil-sijil yang kita dapat tu? Buang masa, buang duit je.. dah lah tu.. berhutang pulak tu.. Nak bayar macam mana tu kalau tak bekerja??

Jadi, kita ni bukannya bodoh, sekarang ni zaman IT bukan zaman ubi kayu lagi. Jadi, kenapa kebanyakkan orang kita ni buat ‘pekak’, ‘bisu’ dan ‘buta’ terhadap yang terjadi di sekeliling kita? Dah tahu ramai yang masuk IPTA/IPTS tu hampir ratusan ribu penggangur bersijil, tak bekerja, kita masih nak lakukan hal yang sama? Terjun dalam jurang yang sama? Tak ke ‘kurang cerdik’namanya tu..

Kalau zaman dulu-dulu,  awal 40-an ke 50-an, masuk universiti tu mmg  kompem terjamin dapat kerja, bergolok gadai tanah pun kira berbaloi masa tu sebab jaminannya hidup senang selepas tu, ade kerja. Gaji? Memang lumayan. RM100 tu macam-macam boleh beli, kira mcm org kaya kat kampung la.. Mak ayah pun bangga kata anak dia seorang yang terpelajar.

Tapi sekarang fenomena dah lain, bukan macam dulu dah, masuk universiti kalau bukan anak orang kaya tak mungkin la dapat kerja yang beriban-riban (ribu-ribu) tu. Selalu aku dengar anak orang kaya ni senang je nak dapat kerja sebab mak ayah mereka ni ade ‘pengaruh’, orang ‘besar-besar’, mereka boleh guna ‘orang dalam’ semata-mata nak bagi kerja ikut sijil si anak tu. Licik betul!

Bukanlah saya nak mengeji ke apa, orang ‘besar-besar’ yang tak buat tu tak perlu terasa lah ye? Kalau yang buat tu jangan pulak nak saman aku ni pulak, dah buat salah tu mengaku jelah, tak berkat pun kalau buat benda salah ni..

Moh kita lihat zaman dulu, boleh kata mana ade anak orang ‘besar-besar’ ni kalau ade pun tu, ‘anak raja’ atau ‘anak para pembesar’ tak pun ‘anak ketua kampung’, selebihnya semua anak petani, anak pesawah, anak penoreh getah, anak pengait kelapa dan macam-macam lagi.

Memang ade orang zaman dulu buat macam orang sekarang ni, guna ‘orang dalam’ bagai nak hantar anak masuk universiti, biasalah sejarah memang biasanya akan berulang semula dalam setiap aliran zaman kehidupan. Sifat buruk dan baik tu memang akan berulang ke anak cucu kita, jadi kalau nak masa depan yang baik, berubahlah kepada lebih baik supaya ‘sejarah lama’ yang tipikal macam ni tak mungkin berulang kembali. Start dari kita dulu…

Sekarang ni, baik kita guna akal yang ALLAH SWT beri kepada kita supaya tak berulang kesilapan yang sama macam orang lain lakukan kebanyakkannya. Tak bersijil atau tak ke universiti, takde diploma, takde ijazah, takde master, takde PhD bukan bermakna kita ni terlalu lemah atau tak terpelajar. Malahan bukan juga bodoh malah tak keterlaluan juga aku katakan anda sangat bijak!

Kenapa  bijak? Kerana kita tak perlu mengikut fenomena yang menjadi ‘kebiasaan’ kepada orang lain. Belum tentu ape yang kita nampak baik dan bagus tu baik untuk kita. Belum tentu! Anjakkan paradigma diri kepada sesuatu yang luar biasa! Ya! Luar biasa! Luar kebiasaan orang lain biasa buat.

Luar biasa yang biasa aku maksudkan bukan pergi panjat bangunan KLCC ke atau buat hal yang pelik2 sebab nak pecah rekod masuk dalam BOOK OF RECORDS ke ape.. tak.. bukan macam tu..

Luar biasa yang aku maksudkan adalah keluar dari kebiasaan, macam kalau orang sekarang ramai pergi belajar ke universiti, mungkin kita pergi belajar bukan ke universiti, kita pergi belajar kemahiran, kat kolej  komuniti  ke, tingkatkan kemahiran yang sedia ada, asah bakat yang terpendam (kalau ade..) kalau takde pun jangan sedih, setiap orang diberi kemahiran yang berbeza, cuba berhenti sejenak dan pejam mata rapat-rapat, dan fikirkan baik-baik mungkin ade yang anda terlepas pandang, perkara yang mungkin nampak remeh-temeh tu, mungkin adalah perkara yang boleh anda asah menjadi bakat dan seterusnya menjadi sumber pendapatan anda! Tidak Mustahil!

Tak hina pun belajar hanya setakat sijil, sebenarnya kalau dipandang betul-betul, ramai jutawan di dunia ini bukannya habis sekolah pun sebenarnya, tak ke universiti pun,  tapi mereka boleh berjaya. Kenapa? Kerana mereka tahu hendak menggunakan masa, usaha dan bakat mereka kepada perkara yang betul!

Jadi, jangan jadi anjing yang menyalak bukit, anjing yang hanya tahu menyalak sedangkan bukit tu bukan bergerak pun. Aku asyik terdengar ramai betul manusia jenis macam ni. Tahu menyalak sahaja, kalau nak dunia tu berubah, mula dari diri sendiri bukannya menyalak macam anjing kepada orang lain. Mula yang macam mana? Mula untuk mengubah diri sendiri ke taraf yang lebih baik, buktikan anda boleh berjaya!

Ini tidak, nak  suara didengar pergi ber’demonstrasi’ di  tepi jalan, menghantar memorandum kononnya. Bagi aku tak lebih seperti anjing yang menyalak bukit sahaja! Sedangkan orang yang nak dimaklumkan tu berada di dalam sebuah bilik khasnya, sedang menatap hal-hal lain. Tak ke ‘kurang cerdik’ namanya tu. Orang itu sedang sejuk berhawa dingin, anda berpanas di bawah terik mentari, kalau anda seorang tak ape, ini tidak menyusahkan ramai orang. Memaksa mereka menyokong akan salakan anjing sebegitu.

Cubalah..cubalah.. anda cuba menjadi orang yang berjaya! Anda tak perlu ramai orang untuk berkumpul seperti anjing-anjing kurap di tepi jalan, anda hanya perlukan diri anda, jati diri anda dan semangat anda itu sahaja. In shaa Allah, jika niat anda memang betul luhur dan murni, anda seorang sahaja sudah cukup menghantar memorandum kepada orang tersebut.

Jadi, tidak ade yang bakal menyusahkan diri berada di bawah terik mentari, tidak ade yang menyalak seperti anjing, dan hanya anda dan orang tersebut di dalam bilik penghawa dingin, berdebat dengan minda dan intelektual yang kukuh, jikalau anda menang dengan gaya yang ‘sopan dan terhormat’ sebegitu. Anda bakal dapat bantu ramai orang tanpa perlu menyusahkan orang lain dengan cara ‘tidak bertamadun’ begitu.

Buktikan yang anda seorang intelektual abad ke-21 bukan orang zaman ubi kayu yang tak berpelajaran. Anda dilahirkan didalam ‘tamadun’ bukan ‘di dalam kelompok haiwan! Anda adalah manusia, manusia  yang dikurniakan akal yang terlalu istimewa oleh ALLAH SWT. Jadi, manusia mestilah bersikap seperti manusia. 

Maafkan saya akan kelantangan bersuara di dalam artikel kali ini, ini adalah artikel untuk membuka minda kepada semua orang, bukan sahaja rakyat malahan orang besar-besar juga boleh membacanya. Maafkan saya sebab mengguris hati sesetengah pihak, namun akuilah kesalahan kerana orang yang akui kesalahan dan  cuba memperbetulkan kesalahan itu akan terus berjaya kerana mereka sentiasa memperbaiki silap mereka.

Sebelum ape-ape marilah kita lihat diri kita dahulu, di mana dan ape silapnya di masa lalu, semoga menjadi pengajaran buat masa depan. Tidaklah aku katakan, aku seorang yang sempurna tetapi lebih tepat aku adelah manusia seperti anda juga, silapnya banyak, kurangnya pun banyak. Maafkan saya atas artikel kali ini diharapnya. Semoga ade antara anda terkesan dengan pembacaan ini. Sama-salah kita ambil manfaat dari pembacaan kali ini, dan ape yang tidak betul, jadikan sempadan kehidupan.. In shaa Allah..  

Kini, aku ingin maklumkan aku bakal melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pondok untuk mendalami ilmu agama Islam yang menjadi asas hidup sebagai seorang muslimah. Kerana dalam  banyak-banyak ilmu sebaik-baiknya ilmu agama Islam kerana hanya amal Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Saw sahaja yang bakal mengikuti aku sehingga hari kiamat. Doakan aku untuk belajar dengan baik di sana ya? Doakan aku berjaya di dunia dan akhirat kelak.. In shaa Allah..

Jikalau ade masa in shaa Allah kita bakal bersua  lagi dalam artikel akan datang.. Wa ilalliqa’ dan Assalammualaikum wbt.  

Its About Me!

My photo
Lumut, Perak, Malaysia
Seluas dan sedalam lautan dunia pun masih tidak mencukupi untuk mengukur ANUGERAH ALLAH yang TIADA TERNILAINYA..

Translate

Cute Gingerbread Man