Wednesday 28 September 2016

Siapakah Kita Untuk Menilai CINTA?

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua bloggers dan readers semua..
Semoga bahagia hendaknya disamping yang tersayang..
.
.
.
Lihat tajuk di atas, (alahai, cerita cinta lagi...)
pasrah benar membaca tentang cinta - cinta ni. Haha, memang kalau didengar selalu bab cinta - cinta ni kalau tak kena caranya memang lemau otak dan segala sendi yang ada. kan? Tapi kan, kita ni manusia, siapalah kita nak menilai tentang cinta ni, kan?
CINTA.. cinta adalah hal yang sangat subjektif, ia mempunyai pengukuran yang berbeza mengikut pemahaman seseorang. Ada yang merasakan Cinta adalah perasaan yang membahagiakan apabila kita menerima, memberi sesuatu yang kita sayang kepada orang lain atau benda lain, ataupun kepada seseuatu perkara yang lain. Mudah untuk kata, sangat sukar dan terlalu skeptitif dan komplikated untuk ditafsirkan maksud cinta ini.

Cinta ada pelbagai jenis, Cinta kepada Tuhan, Cinta kepada Alam Sekitar, Cinta kepada Haiwan, dan.. Cinta kepada Manusia..
 
Cinta kepada Manusia adalah hal yang paling sukar sekali, dimana pada satu - satu peringkat umur akan ada perasaan kita dilema dengan perasaan yang tak diundang, kadang namanya jodoh, kebanyakkanya pula datang dari bisikan syaitan dan permainan nafsu semata - mata.
 
Ada manusia kecundang dalam melawan mainan perasaan ini, hancur, kudung habis kebaikan yang dipupuk dengan ilmu agama. Ada pula yang berjaya melawan dan meraih kebaikan di akhirnya. Sayang sekali, setiap dari kita mempunyai perjuangan jiwa yang pelbagai dan masing-masing. Tewas dan menang. 
 
Namun, siapalah kita untuk menilai sebuah rasa Cinta yang sebenar? Selagi mana hati tidak lagi tergapai pada satu pergantungan jiwa pada Tuhan yang benar - benar kukuh? Kita akan sesat dan tidak akan menemui rasa yang sebenarnya. Pedih dan perit akan dirasakan.
 
Berdoalah, sebanyak yang kita mampu kepada Tuhan, semoga ditemui 'rasa' yang sebenar - benarnya Cinta itu. Bukan lagi cinta yang dipersiakan, bukan lagi cinta yang dipermainkan, bukan lagi cinta yang melemahkan, bukan lagi cinta yang menyesatkan.. Bukan semua itu.. Bukan..
 
Kecewa akan selalu kita rasai pabila bersama manusia.  Tiada siapa mampu lari dari apa sahaja yang mengecewakan termasuk cinta. Semua orang mempunyai masa silam yang berbeza dan pastinya ia adalah kejahilan yang kalau boleh kita mahu menangkup dan mengkambusnya dari sebuah kehidupan yang baru selama - lamanya. Namun, itua adalah sesuatu yang tak mungkin. Selagi kita punya kehidupan, selagi itulah kita akan masa depan dan selagi itulah kita mempunyai masa silam.
 
Kita tidak akan mampu menilai Cinta selagi mana kita masih dikaburi dengan kekecewaan. Bangkit dan bukalah mata kepada satu perjalanan yang baru dan teruskan berjalan (move on), mungkin kita akan menemui sesuatu yang lebih baik dari kekecewaan hari ini. 
 
Akhir kalam, tiada siapa mampu menilai Cinta yang sebenar melainkan Allah s.w.t. kerana penilaian kita seringkali meragukan dan mengelirukan akan tetapi penilaianNya sentiasa tepat dan yang terbaik buat kita. InsyaaAllah. :)
 
Jadi, Ayuh! Bangkit! Semangat!
 
Salam Sayang,
NuhaFansuri 
 
 
 
 
 

Thursday 22 September 2016

CERITA HIDUPKU...

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh..
Apa khabar semua para bloggers dan readers sekalian?
Semoga sihat wal afiat semuanya aku doakan..
.
.
.

Setelah berbulan lamanya tidak berbicara dan menulis bait - bait kalam dan suapan - suapan cerita di sini, harapnya aku pasti dirindui, :)

Sekarang sudah memeasuki pertengahan bulan September, kali terakhir aku menulis entry ini adalah bulan April tahun ini, bukan? Lama sungguh tidak menjengah ke sini.
Malas mahu menghitung, berbulan jugalah..

Cerita hidupku? Tiada yang seistimewa lagi, kali ini aku tidak lagi menjadi seorang pelajar di atas sebab - sebab yang tertentu aku menamatkan pengajianku separuh jalan. Malang, walang hati tapi apa yang harus aku mampu lakukan? Takdir hidupku mungkin... ( hanya mampu tersenyum... :) )

Seperti biasa aku menjalani hidupku seperti mana biasa yang manusia lakukan, makan dan tidur, melakukan aktiviti seharian yang aku mampu lakukan. Menghilangkan kebosanan kehidupan yang tidak secerah dahulu. Belajar untuk menerima realiti yang lebih nyata dari sebuah mimpi yang aku simpan dan angan - angankan selama hari ini.

Kematangan usia dan pengalaman hidup membuatkan aku jauh lebih berfikir, perlulah sebuah impian dan angan - angan didasari dengan sebuah paksi realiti yang mampu digapai dengan kemampuan bukan hanya sekadar sebuagh imaginasi tanpa batasan. Aku belajar lagi.

Allah sengaja memberi ujian untuk memberi kenal erti hidup yang sebenarnya. Ujian hidup kita berbeza dan tidak sama pada setiap orang namun selagi masih bernafas apa yang mampu kita lakukan adalah menerima segala takdir yang telah terikat kita dengan pegabdian kepada tali pengharapan dan pergantungan pada Allah yang Maha Esa. 

Nasib aku kini jauh lebih berbeza dari dahulu, kini tersungkur pada sebuah kenyataan dan takdir, tak ku duga apa lagi susur jalur hidupku akan mengarah ke sebuah haluan yang ke mana tujuannya lagi. Aku berdoa semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapinya lagi dan lagi. Aamiin.

Sekarang aku menghabiskan masa membaca buku - buku yang sedia ada di rumah ini dan kebanyakkannya tidak ku usik selama bertahun - tahun, maka masa yang senggang ini aku luangkan dengan membaca dan menambahkan pengetahuanku serba sedikit. Menghilangkan kebosanan.

Banyak sangat aku cerakin kan ni, karang bertukar jadi cerpen pendek pulak huhu. Apapun kita akan bersua lagi selagi usia aku masih panjang untuk menulis kepada anda semua. Semoga bertemu lagi,
 Kalam Kasih, NuhaFansuri..

Ma'as Salamah Wa ilal Liqa' 

Saturday 2 April 2016

Catatan Kehidupan Singkat

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Sudah lama kita tak bersua dalam entry dan blog kali ini.
Hampir berbulan juga ye.
.
.
.
.

Maaf Nuha tak berkesempatan mahu menulis entry yang baru kerana banyak hal dan peristiwa yang Nuha sedang lalui terlalu sibuk sehingga melupakan blog ni.

Nuha sekarang dah berpindah tempat belajar ke tempat asal Nuha di pantai barat. Mungkin tiada rezeki untuk menimba ilmu dan bakti di tanah pantai timur. Takpelah, Nuha terima segala takdir yang sudah tertulis untuk Nuha.

Sekarang Nuha mabil aliran kemahiran di salah sebuah kolej kerajaan. Alhamdulillah selama 3 minggu Nuha belajar, banyak ilmu baharu Nuha dapat.

Semoga ade berkah di sebalik semua ilmu ini. Semoga boleh dijadikan manfaat kepada masyarakat dengan sedikit ilmu dan kudrat yang diberi oleh Allah yang Maha Esa.

Hidup Nuha sekarang banyak mengubah pandangan Nuha terhadap dunia sekarang. Apepun segala yang terburuk dan terbaik Nuha percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Doakan Nuha baik2 sahaja ye. Aamiin.

Semakin Nuha menginjak dewasa. (Alhamdulillah dah 20 tahun sekarang ini. ) Nuha banyak berfikir tentang masa depan. Masa depan dunia dan akhirat.

Terbaca entry yang lama2 dulu. Nuha rasa nak tersenyum, gelak dan menangis. Ini baru sahaja apa yang Nuha tulis, apa agaknya catatan sebuah kehidupan yang Nuha bakal terima di akhirat? Tangan atau tangan kiri? ( tersedar penuh dosa dalam diri...)

Nuha masih dalam pencarian diri. Pencarian dunia dan pencarian hakiki. Keindahan dunia dan kesengsaraannya mengajar banyak perkara dalam kehidupan. Mohon kuat dalam menjalani kehidupan yang singkat ini berbanding akhirat yang panjang nanti.

Semoga semua pemca blog ini terus sihat dan sentiasa berada dalam redha Tuhan. Tanpa Tuhan, siapalah kita,

Sehingga bertemu di entry akan datang. In shaa Allah. 

Its About Me!

My photo
Lumut, Perak, Malaysia
Seluas dan sedalam lautan dunia pun masih tidak mencukupi untuk mengukur ANUGERAH ALLAH yang TIADA TERNILAINYA..

Translate

Cute Gingerbread Man