Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah... Hari ni nuha berkesempatan lagi untuk menulis entry lagi. Hehehe.. :)
Kali nuha nak cerita perjalanan hidup nuha sebagai seorang ahli niqabis yang baru. Nuha tak tahu nak mulakan kat mane dulu ye.. hrmmmmm....
Ok, this is the beginnings...
Nuha bila dah jadi niqabis ni, alhamdulillah, takdela orang nak tanya soalan pelik-pelik kenapa nuha pakai niqab ni. (setakat ni la... )
Nuha jalani hidup nuha macam biasa walaupun kadang-kadang nuha segan bila bukak niqab ni. Sukar jugak nak sesuaikan diri dengan keadaan dah berniqabis ni. Sebenarnya nuha sebelum ni tak pernah terfikir nak jadi seorang niqabis dalam usia semuda ni, cuma mungkin sebab desakan nak jadi yang lebih baik dan ingin bermujahadah. Nuha lakukan jer...
Nuha bukanlah insan yang baik sangat, nuuha ni biasa sahaja cuma bezanya nuha ni takde kawan-kawan yang baik dan senantiasa beri dorongan, nuha cuma ada teman yang kadang 'datang' dan kadang 'pergi' menjengah hidup nuha dan nuha tak pernah mengaku mereka tu kawan nuha pun..
Sejak jadi seorang niqabis ni, hidup nuha taklah beza sangat, sama sahaja, cuma nuha dah cuba kawal diri nuha supaya tak bercakap banyak. (Sebab Nuha ni talkative orangnya hikhik...) Nuha belajar untuk jadi seorang muslimah ''yang tidak dipandang dan tidak memandang''.
Allah....
Sukarnya..tetapi sebab nuha suka, sukar tu nuha buang jauh-jauh. Tak terkesan pun rasa susah tu di hati. Alhamdulillah..
Nuha belajar untuk jadi yang terbaik, walapun nuha tahu nuha bukanlah yang terbaik pun. Nuha belajar untuk lebih cekal dan tabah. Nuha belajar untuk mengawal perasaan marah, benci yang kadang-kadang hadir tak menentu dalam diri nuha.
Sukar nak jadi seorang muslimah tetapi berbekalkan keyakinan kepada Allah semuanya adalah tidak mustahil untuk digapai. Mungkin kadang-kadang nuha akan berputus asa dalam hidup nuha, tetapi di dalam keterpaksaan tu, nuha perlu jugak teruskan hidup.
Menjadi seorang niqabis bukanlah menjanjikan sebuah ''kesempurnaan'', cuma ia hanya menutup kekurangan diri sebagai seorang ''wanita''. Wanita dilahirkan sebagai lemah dan mempunyai ''kekurangan'' yang banyak namun di dalam kekurangan itu ada jua kekuatan yang tidak terbanding dengan seorang lelaki. Justeru, seorang ''wanita'' haruslah menutup ''kekurangan'' diri agar menjadi seorang yang dihormati di kalangan kaum lelaki.
Apepun memang tak sukar untuk menjadi seorang yang ''baik'' cuma ia hanya perlukan kemahuan yang tinggi dan kesabaran dalam menangkis dugaanNYA.
Nuha mengenangkan diri nuha yang mungkin masih lagi menjadi ''penghuni neraka'' kerana masih tidak dapat mencapai ''nafsu muthmainnah'' yang suci lagi baik untuk menjamin seorang hamba itu ke syurga Allah.
Namun, nuha berdoa semoga Allah senantiasa memberkati diri ini untuk teruskan perjuangan di bumiNYA dan memberi kesabaran di hati sehingga di tiisan nafas yang terakhir. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment