Wednesday 27 March 2013

DI SEBALIK KANAK-KANAK

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh....

Hrmmmmm.....nak tulis ape ek, kali ni?? Kanak-kanak... ohhh ye.. Kanak- kanak ataupun bahasa biasa kita gunakan..budak-budak..


Budak-budak...
Saya sayangkan budak-budak a.k.a kanak-kanak ni, bagi saya mereka ni ibarat kain putih yang masih belum dikotori warnanya dengan kekotoran dunia ini. Senyuman mereka, mampu melunturkan seribu keresahan jiwa dan masalah yang melanda jiwa. Indahnya jika kita mampu jadi seperti kanak-kanka ini, tiada keresahan, hanya tawa dan senyuman dan kegembiraan yang hadir di wajah-wajah mereka.... Alangkah indahnya kita mampu jadi begitu... 

Andai masa bisa diputarkan semula, tidak ingin aku membesar menjadi dewasa....

Tetapi.....masa tak mungkin berputar kembali. Hidup mesti diteruskan. Cabaran dunia harus dihadapi. Tekanan sekeliling. Tekanan dalaman harus dan harus serta WAJIB di dihadapi... Kerana Allah itu Maha Bijaksana.. Sekiranya semua orang mampu memutarkan masa kembali.. Nescaya tiada pengukuran dan balasan yang bakal dihisab.. Malah populasi manusia juga tidak akan bertambah. Bijak bukan???

Kanak-kanak... insan yang baru ingin menapak dalam dunia ini. Mengorak langkah di dalam dunia yang penuh kekotoran yang bisa melunturkan hati mereka yang suci dan bersih itu.


Kanak-kanak ibarat kain putih yang bersih. Kita sebagai ibubapa yang mampu memcorakkan warnanya. Warnakanlah warna-warna yang indah agar hidupnya bahagia, jangan warnakan warna-warna suram nescaya hidupnya binasa.

Begitulah lumrah dunia, kata-kata ini ditujukan khas buat ibubapa yang baru memperoleh cahayamata. Anak-anak perlu dicorak dengan warna-warna indah. Ya! Warna Indah! Warna-warna itu adalah perlambangan bagi SIKAP, PERBUATAN, TATASUSILA, ADAB DLL yang BAIK!!! Itu yang sepatutnya diterapkan dalam diri anak-anak ini. Bukannya WANG semata-mata. AJARAN AGAMA ISLAM YANG SEBENAR harus dan WAJIB diajar dalam diri setiap diri kanak-kanak ini.

Amat menyedihkan bagi saya bila berhadapan dengan kanak-kanak ini, soalan yang mudah saya ajukan pada mereka, TAHU BACA BISMILLAH TAK, ADIK-ADIK????

Jawapannya: BISMILLAH??? BISMILLAH TU APA??? TAK PERNAH DENGAR PUN, KAK???

Astaghfirullahal azim.... Jika ini jawapannya... Bagaimana mereka ini dewasa kelak??? perkataan yang sebegitu mudah.... hanya BISMILLAH mereka tidak tahu. Bagaimana dengan ayat-ayat Al-Quran Kalamullah...??? Pasti itu pun mereka tak tahu.

AMAL tanpa ILMU adalah BUTA, ILMU tanpa AMAL adalah LUMPUH...

Kanak-kanak ini, mereka dilahirkam tanpa mengenal apa-apa erti kehidupan ini pada dasarnya. Mereka dilahirkan untuk MENERIMA SEGAL-GALANYA dalam hidup ini sebagai maklumat dalam menjalani kehidupan TANPA TAHU APAKAH MAKLUMAT ITU SESUAI DENGAN MEREKA ATAU TIDAK!!!!!!!  Sangat menakutkan akan fakta ini.

Hakikatnya kanak-kanak itu harus diberi tunjuk ajar bagaimana hendak menapis maklumat yang mereka gunakan dengan cara yang betul....dan itu bermula dari ajaran IBUBAPA!!!!!! Didikan mereka haruslah yang relevan dan sesuai dengan aliran ilmu yang sepatutnya menjadi TONGGAK PEGANGAN HIDUP seseorang manusia itu. Biarlah ajaran dan ilmu tu nampak POYO!!!!!!!!!!(bagi orang lain...) Tapi bagi mendidik anak-anak untuk menjadi SEORANG INSAN!!!!!!!! SEMUA ITU ADALAH WAJIB!!!!!! BUKAN HARUS, BUKAN SUNAT, BUKAN MAKRUH MAHUPUN HARAM TETAPI WAJIB!!!!!!!!!!!!! INGAT YE, WAJIB!!!!!!!

Anak-anak ini, sebenarnya....adalah anugerah dari Allah buat hamba-hambanya. Lambang cinta antara dua pasangan yang menjalin cinta dalam ikatan sebuah perkahwinan. Jadi, didiklah mereka dengan DIDIKAN YANG SEMPURNA IAITU AJARAN-AJARAN DALAM AGAMA ISLAM TERUTAMANYA ADAB-ADAB YANG DISYARIATKAN DALAM ISLAM!! ADAB ini PENTING!! Bertujuan memberi PEMBENTUKKAN AKHLAK YANG SEMPURNA! 

Kesimpulannya,,,,,,,,,


Anak-anak terbentuk dari didikan ibubapa, Jika tercorak HATI mereka dengan BAIK, maka BAIKLAH JASAD mereka... INSYAALLAH, amalan mereka di dunia juga DIREDHAI ALLAH JUA!!! AMIN!

Salam ukhwah buat semua...... SEGALA-GALANYA BERMULA DARI KANAK-KANAK!!!!!

    WASSALAMMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WABARAKATUH!!!! :)

No comments:

Post a Comment

Its About Me!

My photo
Lumut, Perak, Malaysia
Seluas dan sedalam lautan dunia pun masih tidak mencukupi untuk mengukur ANUGERAH ALLAH yang TIADA TERNILAINYA..

Translate

Cute Gingerbread Man