Wednesday, 28 September 2016

Siapakah Kita Untuk Menilai CINTA?

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua bloggers dan readers semua..
Semoga bahagia hendaknya disamping yang tersayang..
.
.
.
Lihat tajuk di atas, (alahai, cerita cinta lagi...)
pasrah benar membaca tentang cinta - cinta ni. Haha, memang kalau didengar selalu bab cinta - cinta ni kalau tak kena caranya memang lemau otak dan segala sendi yang ada. kan? Tapi kan, kita ni manusia, siapalah kita nak menilai tentang cinta ni, kan?
CINTA.. cinta adalah hal yang sangat subjektif, ia mempunyai pengukuran yang berbeza mengikut pemahaman seseorang. Ada yang merasakan Cinta adalah perasaan yang membahagiakan apabila kita menerima, memberi sesuatu yang kita sayang kepada orang lain atau benda lain, ataupun kepada seseuatu perkara yang lain. Mudah untuk kata, sangat sukar dan terlalu skeptitif dan komplikated untuk ditafsirkan maksud cinta ini.

Cinta ada pelbagai jenis, Cinta kepada Tuhan, Cinta kepada Alam Sekitar, Cinta kepada Haiwan, dan.. Cinta kepada Manusia..
 
Cinta kepada Manusia adalah hal yang paling sukar sekali, dimana pada satu - satu peringkat umur akan ada perasaan kita dilema dengan perasaan yang tak diundang, kadang namanya jodoh, kebanyakkanya pula datang dari bisikan syaitan dan permainan nafsu semata - mata.
 
Ada manusia kecundang dalam melawan mainan perasaan ini, hancur, kudung habis kebaikan yang dipupuk dengan ilmu agama. Ada pula yang berjaya melawan dan meraih kebaikan di akhirnya. Sayang sekali, setiap dari kita mempunyai perjuangan jiwa yang pelbagai dan masing-masing. Tewas dan menang. 
 
Namun, siapalah kita untuk menilai sebuah rasa Cinta yang sebenar? Selagi mana hati tidak lagi tergapai pada satu pergantungan jiwa pada Tuhan yang benar - benar kukuh? Kita akan sesat dan tidak akan menemui rasa yang sebenarnya. Pedih dan perit akan dirasakan.
 
Berdoalah, sebanyak yang kita mampu kepada Tuhan, semoga ditemui 'rasa' yang sebenar - benarnya Cinta itu. Bukan lagi cinta yang dipersiakan, bukan lagi cinta yang dipermainkan, bukan lagi cinta yang melemahkan, bukan lagi cinta yang menyesatkan.. Bukan semua itu.. Bukan..
 
Kecewa akan selalu kita rasai pabila bersama manusia.  Tiada siapa mampu lari dari apa sahaja yang mengecewakan termasuk cinta. Semua orang mempunyai masa silam yang berbeza dan pastinya ia adalah kejahilan yang kalau boleh kita mahu menangkup dan mengkambusnya dari sebuah kehidupan yang baru selama - lamanya. Namun, itua adalah sesuatu yang tak mungkin. Selagi kita punya kehidupan, selagi itulah kita akan masa depan dan selagi itulah kita mempunyai masa silam.
 
Kita tidak akan mampu menilai Cinta selagi mana kita masih dikaburi dengan kekecewaan. Bangkit dan bukalah mata kepada satu perjalanan yang baru dan teruskan berjalan (move on), mungkin kita akan menemui sesuatu yang lebih baik dari kekecewaan hari ini. 
 
Akhir kalam, tiada siapa mampu menilai Cinta yang sebenar melainkan Allah s.w.t. kerana penilaian kita seringkali meragukan dan mengelirukan akan tetapi penilaianNya sentiasa tepat dan yang terbaik buat kita. InsyaaAllah. :)
 
Jadi, Ayuh! Bangkit! Semangat!
 
Salam Sayang,
NuhaFansuri 
 
 
 
 
 

Thursday, 22 September 2016

CERITA HIDUPKU...

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh..
Apa khabar semua para bloggers dan readers sekalian?
Semoga sihat wal afiat semuanya aku doakan..
.
.
.

Setelah berbulan lamanya tidak berbicara dan menulis bait - bait kalam dan suapan - suapan cerita di sini, harapnya aku pasti dirindui, :)

Sekarang sudah memeasuki pertengahan bulan September, kali terakhir aku menulis entry ini adalah bulan April tahun ini, bukan? Lama sungguh tidak menjengah ke sini.
Malas mahu menghitung, berbulan jugalah..

Cerita hidupku? Tiada yang seistimewa lagi, kali ini aku tidak lagi menjadi seorang pelajar di atas sebab - sebab yang tertentu aku menamatkan pengajianku separuh jalan. Malang, walang hati tapi apa yang harus aku mampu lakukan? Takdir hidupku mungkin... ( hanya mampu tersenyum... :) )

Seperti biasa aku menjalani hidupku seperti mana biasa yang manusia lakukan, makan dan tidur, melakukan aktiviti seharian yang aku mampu lakukan. Menghilangkan kebosanan kehidupan yang tidak secerah dahulu. Belajar untuk menerima realiti yang lebih nyata dari sebuah mimpi yang aku simpan dan angan - angankan selama hari ini.

Kematangan usia dan pengalaman hidup membuatkan aku jauh lebih berfikir, perlulah sebuah impian dan angan - angan didasari dengan sebuah paksi realiti yang mampu digapai dengan kemampuan bukan hanya sekadar sebuagh imaginasi tanpa batasan. Aku belajar lagi.

Allah sengaja memberi ujian untuk memberi kenal erti hidup yang sebenarnya. Ujian hidup kita berbeza dan tidak sama pada setiap orang namun selagi masih bernafas apa yang mampu kita lakukan adalah menerima segala takdir yang telah terikat kita dengan pegabdian kepada tali pengharapan dan pergantungan pada Allah yang Maha Esa. 

Nasib aku kini jauh lebih berbeza dari dahulu, kini tersungkur pada sebuah kenyataan dan takdir, tak ku duga apa lagi susur jalur hidupku akan mengarah ke sebuah haluan yang ke mana tujuannya lagi. Aku berdoa semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapinya lagi dan lagi. Aamiin.

Sekarang aku menghabiskan masa membaca buku - buku yang sedia ada di rumah ini dan kebanyakkannya tidak ku usik selama bertahun - tahun, maka masa yang senggang ini aku luangkan dengan membaca dan menambahkan pengetahuanku serba sedikit. Menghilangkan kebosanan.

Banyak sangat aku cerakin kan ni, karang bertukar jadi cerpen pendek pulak huhu. Apapun kita akan bersua lagi selagi usia aku masih panjang untuk menulis kepada anda semua. Semoga bertemu lagi,
 Kalam Kasih, NuhaFansuri..

Ma'as Salamah Wa ilal Liqa' 

Saturday, 2 April 2016

Catatan Kehidupan Singkat

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Sudah lama kita tak bersua dalam entry dan blog kali ini.
Hampir berbulan juga ye.
.
.
.
.

Maaf Nuha tak berkesempatan mahu menulis entry yang baru kerana banyak hal dan peristiwa yang Nuha sedang lalui terlalu sibuk sehingga melupakan blog ni.

Nuha sekarang dah berpindah tempat belajar ke tempat asal Nuha di pantai barat. Mungkin tiada rezeki untuk menimba ilmu dan bakti di tanah pantai timur. Takpelah, Nuha terima segala takdir yang sudah tertulis untuk Nuha.

Sekarang Nuha mabil aliran kemahiran di salah sebuah kolej kerajaan. Alhamdulillah selama 3 minggu Nuha belajar, banyak ilmu baharu Nuha dapat.

Semoga ade berkah di sebalik semua ilmu ini. Semoga boleh dijadikan manfaat kepada masyarakat dengan sedikit ilmu dan kudrat yang diberi oleh Allah yang Maha Esa.

Hidup Nuha sekarang banyak mengubah pandangan Nuha terhadap dunia sekarang. Apepun segala yang terburuk dan terbaik Nuha percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Doakan Nuha baik2 sahaja ye. Aamiin.

Semakin Nuha menginjak dewasa. (Alhamdulillah dah 20 tahun sekarang ini. ) Nuha banyak berfikir tentang masa depan. Masa depan dunia dan akhirat.

Terbaca entry yang lama2 dulu. Nuha rasa nak tersenyum, gelak dan menangis. Ini baru sahaja apa yang Nuha tulis, apa agaknya catatan sebuah kehidupan yang Nuha bakal terima di akhirat? Tangan atau tangan kiri? ( tersedar penuh dosa dalam diri...)

Nuha masih dalam pencarian diri. Pencarian dunia dan pencarian hakiki. Keindahan dunia dan kesengsaraannya mengajar banyak perkara dalam kehidupan. Mohon kuat dalam menjalani kehidupan yang singkat ini berbanding akhirat yang panjang nanti.

Semoga semua pemca blog ini terus sihat dan sentiasa berada dalam redha Tuhan. Tanpa Tuhan, siapalah kita,

Sehingga bertemu di entry akan datang. In shaa Allah. 

Wednesday, 12 August 2015

Aku Dah Sambung Belajar

Assalammualaikum wb.t.. Semua pembaca setia yg tak berapa nak setia..hahaha

Alhamdulillah hampir setahun kita tak bersua akhirnya..dapat jugak aku menulis dalam ruangan blog aku yang tak seberapa ni... memandangkan netbook aku tengah K.O sekarang ni so aku pasrah jela..

So, sekarang aku gunakan komputer kat library kolej untuk menulis entry yang baru untuk korang..

so...nak cerita baru?

Haaa.. aku sekarang dah sambung belajar ..sambung diploma...Alhamdulillah impian aku dah tercapai dalam nak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 

Aku dapat sambung belajar dalam bidang DIOSH di sebuah kolej swasta di Terangganu..

so..budak pantai barat ni akhirnya dah tercampak di sebuah persisiran pantai timur..jauh dari tempat aku...jauh dari rumah..

so,....aku dah nak masuk 3 minggu kat sini dah mula dapat sesuaikan diri di tempat baru..dapat kawan2 baru.. Alhamdulillah setakat ni takde masalah lagi yang berat timbul...


Seronok? Adventure.. Cool..

Cabaran kat sini banyak,.. nak taknak kena kuatkan semangat menghadapi dunia yang baru..dan persekitaran yang baru..maybe a little bit culture shock! huhuhuhu...


So..guys.. korang yang dah stay tempat baru.. ingat satu benda penting ni.. di mana pun kita jangan jadi hipokrit..jadi diri sendiri... jangan terlebih jujur bila berhadapan ngan orang baru..kita tak tahu orang baru tu dia niat apa dengan kita.. dan JANGAN LUPA ALLAH SWT..

Tanpa Allah siapalah kita di atas muka bumi ni..

Dan jangan lupakan mak ayah kita... contact diorang walaupun sekali sekala..sekali seminggu paling kurang la.. tapi lagi baik kalau contact setiap hari.. sebab mak ayah kalau tak redha.. nak belajar apa pun susah beb...

kawan tetap kawan jugak tapi.. jangan nak lupa diri sangat kat tempat baru..peringatan untuk diri sendiri jugak... huhuhuu

oklah.. setakat ni jer entry baru ni..nanti kita bersua lagi di entry yang akan datang... In shaa Allah.. doakan yang terbaik untuk kita semua...

Maas salamah..wa ilal liqa'..

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh..

Sunday, 23 November 2014

No Story Menarik Merapu Je

Assalammualaikum readers semua,..

Bla..bla..bla..

No story nak suap pada korang hari ni. So bored kan?

Well, aku dah berkecimpung dalam dunia blog mahu makan 3 tahun lebih jugaklah.. Tapi followers still sorang jer jugak..

It's okay, Hidup x popular memang camni.. huhu sob sob..

Nothing interesting..camne korang nak baca kan?

Sebab tu aku layan pessbukk je, sebab cakap ngan orang ade jugak bunyinya..

Dalam ni? Macam tulis kat papan kenyataan kat sekolah and then blah macam tu je.. 

Takde sape  baca pun..

Takpe2 its okay.. Qowiy!

Hahaha.. tak bleh blah je pakai ayat 'qowiy'  tuu..

Tak sesuaiii.. mengejar glamerzz blogger.. sebut 'qowiy'.. cehhhh..


Nice and shady.. 

Now, S.T.O.R.Y.!

Ape yerkk?

Kejemuan idea aku memang blurr sangat2, sampai tak boleh nak layan pape la..

Tak boleh nak tulis yang bermanfaat bagi korang..

Nanti kalau aku free, aku suapkan story yang bermanfaat untuk korang ekk?

Sekarang ni,... ak merapu je dulu..

Daaaaaa... ;)

Assalammualaikum wbt.!

notakaki: kenapalah boring plak nak menulis?

Saturday, 15 November 2014

Menulis..menulis..dan menulis....

Assalammualaikum wbt. Dunia berputar dengan begitu pantas sehingga kita kadang-kadang tak sedar masa begitu mencemburui kita dalam segala aspek. Pejam celik pejam celik bulan November sudah tiba dan tak lama lagi bulan Disember akan membuka tabirnya.

Aku..tak lama lagi bakal meraikan hari lahir yang ke 19 tahun sempena tahun hijrah. Masih lagi sama macam hari lahir yang ke 18 tahun. No improvement! Masih lagi di takuk lama. Alahai bila la nak berubah aku ni. Belajar pun tidak, kerja pun tidak.

Apa pun takdir Allah siapa tahu kan. Its okay, rehat jela dulu kan. Maybe next year, ada anjakan paradigma yang baru? Who's know what will happen tomorrow! [ speaking Inggeris la plak.. :P ]

Aku try nak tulis something simple. Nak buat cerpen or novel? Hah? Novel? kikikiki..karangan pun banyak tunggang terbalik masa sekolah dulu. Ada hati nak buat N.OV.E.L.? Hahahahahaha.. [ sori..gelak sensorang lak..:P ]

Like my fren, Zulnaim said, "Semua orang layak menulis cuma yang membezakannya ada kesungguhan atau tidak." Yes my dear friends..Thank you for your little advice tu. 

Baru ada semangat sikit nak menulis. But unfortunately, kena lah buat research dulu dengan bacaan novel and what so ever bahan bacaan lain lagi. And very very unfortunately..masa nak tulis novel plak tetiba aku jatuh sakit..a.k.a. DOMAM! [ sekarang ni lah.. isk..isk..isk.. T_T ]

Its okay..semangat masih ada, tak luntur lagi. Teruskan menulis,,menulis dan menulis.. So readers semua..please support me okay?? Doa-doalah novel aku ni berjaya! Nanti kalau dah berjaya..In shaa Allah aku inform korang k? [ itupun kalau editor tu tak tolak la...  jangan put high hopes sangat plak ye.. heeee ]

So, ok guys.. aku nak end of todays story.. Adios! Assalammualaikum..

notakaki: JANGAN PUTUS ASA! ^_~

Monday, 15 September 2014

Aku Seorang IBU! : Bersediakah aku?

Assalammualaikum!  Readers and bloggers sihat? Harap hendaknya sihatlah ye... Alhamdulillah..kalau masih boleh baca entry ni maksudnya masih bernyawa la tu..

SYUKUR... ;)

Ok, hari ni kita story pasal aku. Aku ialah seorang IBU! Huhu percaya tak? Tak percaya, kn? Aku ni BUJANG tapi dah jadi IBU!
Ooopsss..wait..wait.. aku bukan yang jenis MENGANDUNG SEBELUM BERNIKAH tu ya? No.. no.. Naudzubillahi min dzalik!
Yang dimaksudkan adelah aku ialah seorang IBU SAUDARA! Ya! Seorang ibu jugak tu, kan? (entah ye..ye..  je mcm org lain xde anak buah ye dak? :P )

ihsan pakcik google~
Well, aku ade anak saudara sejak aku dilahirkan ke dunia lagi. Aku ada anak saudara yang lebih tua dari aku malah yang jauh lebih muda dari aku. (kalau yang muda tu tak heran lagi, tapi yang tua tuu.. something UNIQUE, right? ;) )
That' my family! ;)
Tapi, aku bukan nak tekankan tentang pasal anak saudara ni. Tadi tu saje intro citer je.,,
Tapi yang aku nak tekankan kat sini ialah pasal TANGGUNGJAWAB..
Hurmm..ibu saudara ni satu level dengan mak kandung and mak tiri jugak. Wajib dihormati dengan selayaknya.
Bagi aku, di usia remaja ni ikutkan hati dan nafsu yang bergelojak ni. Aku malas nak fikirkan pasal TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG IBU ni tapi pasal aku membesar dengan 2 orang anak buah aku dan aku serba sedikit dipertanggungjawabkan ke atas mereka. So, aku terpanggil rasanya nak remind diri aku pasal TANGGUNGJAWAB ni semua.
Bila tengok cabaran-cabaran hidup zaman millenia ni. Aku jadi risau tengok keadaan sekeliling sekarang ni. Semakin kurang jaminan keselamatan. Huhuhuhuhu..
Sekarang ni budak-budak kecik pun dah tahu macam2 kadang tu lebih dari orang tua2 tahunya..budak2 terlebih membesar yang bukan pada sepatutnya pada umurnya. Huhuhuhu.. Benda yang tak patut tahu dia dapat tahu..benda yang patut tahu tak ambil tahu pulak... (peningggggg....)
Aku tak boleh bayangkan kalau zaman 'bakal' anak-anak aku pulak nanti dan macam mana aku nak atasinya supaya mereka tak terjerumus dalam hal yang tak sepatutnya. Bimbang, kita bukan boleh control siapa yang bakal dia berjumpa bila di sekolah. Well, kita takde 24/7 depan mata dia. Tawakal Ilallah jelah.. 

Cuma, apa yang boleh kita buat. Kita ajar dia macam mana nak dapatkan kawan-kawan yang betul macam 'manual guide' untuk dia la.Tapi, bila fikir balik. Susah jugak nak berumahtangga ni. Cabaran dengan suami lagi. Anak-anak lagi.
Haaaa...gelak2..
Nampak macam remeh ,kan? Seriusss! Ni bukan benda main2.. Nak bina ummah kena mula dari awal..Sebelum kahwin lagi dah kena fikir semua tu.. takkan nak membesarkan anak-anak nanti secara meng'khinzir' buta sahaja? Bahaya tu! Susah payah dilahirkan dengan penuh pengorbanan dan membesarkannya dengan kasih sayang takkan hasilnya membawa kita ke NERAKA?
Huhuhuuhu.. naudzubillahi min dzalik!
Tak mahu, kan?
   Saya pun taknak jadi macam tu.. :'(
Jadi, practice makes perfects!
Bermula jadi IBU SAUDARA inilah yang bakal meningkatkan segala skil keibubapaan yang bakal diterapkan ke atas 'bakal' anak-anak nanti.
Bukan dijadikan bahan eksperimen. Takkk.. Tapi dijadikan sebagai latihan kemahiran untuk menguasai skil-skil yang selalu dipandang enteng oleh ibu bapa.
Kadang tu susah nak pujuk anak remaja yang hormonnya turun naik.. Kadang marah. Kadang sedih. Kadang gila2.. Huhuhuu.. kena caranya.. dia bakal mendengar cakap kita.. salah cara? MEMBERONTAK!
 Kalau kanak-kanak pulak, daya memujuk kena tinggi kalau tidak, dia akan membesar dengan sikap-sikap yang tidak terbendung tu sehingga dewasa dan akhirnya MEMBERONTAK!

Tapi kalau pujuk pun, janganlah dipujuk dengan kereta FERRARI sebijik depan rumah! (macam gambo bawah ni... ) .
.
.
.
V
 
habislah kalau anak-anak mintak kete macam ni betul2~
Haaaa.. tu memang salah!

Tu bukan MEMUJUK tapi TERLEBIH MANJAKAN ANAK!

Jaga... jangan sampai tertipu! Memujuk jangan sampai kepala kena pijak balik oleh anak-anak sendiri..kanggg tak pasal2.. ade se geng drama "Anakku Sazali"..pulak..

Daya pujukan, daya simpati, daya ketegasan, integriti, rasionalisme, dll kena diterapkan mulai sekarang! 

Ya... sekarang.. bukannya lepas dah dapat anak baru terkial-kial nak buat..

Sekarang ni.. huuuu..

Lagipun semua skil-skil tu memang amik masa yang bukan sehari dua. Ibarat macam nak exam la, takkan kita belajar semua subjek sehari sebelum exam ye tak? Itu gila namanya!

Anggap sahaja bakal anak-anak nanti tu macam exam final/SPM/PMR/PT3/UPSR korang? Haaa.. takkan preparation sebelum 'exam' pakat 'celam celup' je kan?

Anak-anak ni AMANAH ALLAH..

Amanah ni tanggungjawab yang berat dan tak boleh dipandang enteng. 

Kita ni budak2 muda sekarang terujaaaaa je cakap pasal NIKAH KAHWIN ni  sebab dapat SUAMI/ISTERI..
 
ihsan google~

Tapi.. takkan sedangkal itu je pandangan korang terhadap hidup nikah kahwin ni? Suami isteri je? Anak? Takkan la taknak ade 'pengerat kasih sayang' ye tak?

ihsan google~
Anak-anak ni pulak bukan macam anak patung yang biasa kita main waktu kecik2 dulu. Anak2 ni MANUSIA macam kita jugak. Bakal membesar dan akan menjadi dewasa. Layanilah seperti manusia. Bahkan jangan diisi keperluan LAHIRIAHNYA sahaja seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dll akan tetapi isikanlah jua mereka dengan pengisian BATINIAH iaitu jiwa-jiwa mereka akan ISLAM.. Agar hidup mereka lebih terpandu ke arahNya!

In shaa Allah...
:)
Jadi, bagi aku, ada anak buah ni memang cukup mencabar. Aku belajar banyak benda tentang apa yang bakal aku lalui di masa depan. Walaupun aku tahu di masa depan nyata jauhhhhhhh berbeza dengan apa yang aku ade. Tetapi sedikit persedian menghadapi waktu itu memang sangat berguna.
Kita semua tahu masa yang lalu takkan berulang kembali. So? Manfaatkannyalah dengan sebaik-baiknya..
Kita yang mencorak hidup kita.. :)
Notakaki: Bukan senang nak jadi senang.. ;)
That's all!  ;)
Nantikan entry terbaru ye ^^
**Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari aku sendiri 
Tasbih kifarah: Astaghfirullah hal azim 3x 
Wabillahi taufiq walhidayah wassammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh!


Its About Me!

My photo
Lumut, Perak, Malaysia
Seluas dan sedalam lautan dunia pun masih tidak mencukupi untuk mengukur ANUGERAH ALLAH yang TIADA TERNILAINYA..

Translate

Cute Gingerbread Man