Wednesday, 16 April 2014

Pentingnya Seorang Wali..

Assalammualaikum para pembaca semua.. Sihat ke? Alhamdulillah kalau sihat.. Aku doakan semua sihat2 sahaja. Kalau yang tak sihat tu bawak2 berehat ye..? sambil2 baca entry aku kali nihh..

Ok, senyum sokmo kali ni.. Ape ye?? Citer pasal kahwin? Jemu tak membaca? Aishhh.. rasanya tak jemu, kan? (hikhik.. :P )

ihsan pakcik google.. :P

Aku sambil2 menulis entry ni masa ni aku tengah menonton drama AKU ADA WALI di TvAlhijrah. Hurmm.. aku pergi mana2 atau ape yang aku tonton pastinya kecenderungan penceritaannya pada perkahwinan.

Ya.. Aku ada wali. Awak semua yang gadis2 yang sedang membaca entry ni pun pastinya ada wali. Wali tu bukan Tok Syeikh2 je, ye? Wali tu “penjaga”. Kita semua wahai gadis2 pastinya ade “penjaga”. Penjaga itu merupakan datuk, ayah, abang2, adik2 lelaki dan ahli anggota keluarga lelaki yang lain. (kalau yang takde sesiapa tu.. Maaf ye.. :/ )

Wahai anak2 gadis,

Sesungguhnya kita sebagai “wanita” sememangnya diciptakan “lemah”. Ya, lemah dari sudut kekuatan fizikal dan emosi. Namun demikian, bukan aku  ingin katakan yang kita sebagai “wanita” ini “lemah”. Akan tetapi akuilah kita bahawasanya kita perlukan “penjaga”. Tidak semua perkara kita mampu  lakukannya sendiri, bukan? Pastinya perlukan pertolongan. Mereka2 inilah menjadi “penjaga” sekaligus sebagai “penolong” kita.

Wali inilah yang bertanggungjawab menjadi  pemimpin kita sedari kecil lagi. Bukan dicari “wali” ini ketika mahu ber “nikah” sahaja. Salah tuu.. ye kawan2..

Malang untuk kita wahai perempuan. Di zaman millennia kini, kita sudah kehilangan para pemuda, para bapa yang semakin hilang dalam keimanan mereka sendiri. Tenggelam dalam dunia yang bergolak dan karam  di dalam lautan nafsu sehinggakan mereka tidak lagi  mengenal erti tanggungjawab mereka sebagai seorang “wali” bagi ahli keluarga mereka.

Justeru, kita sebagai perempuan terpaksa bangun “melindungi” diri kita sendiri. Terpaksa “menjaga” diri sendiri di waktu yang paling galau pun. Kehilangan para “wali” juga menghilangkan kita sebagai “wanita2 permata” ini terus ditenggelami dalam dunia minoriti. Oleh yang demikian, hal ini sangat2 berat bukan hal yang remeh temeh.

Bermulanya sesebuah negara yang membangun modal insan dan jati diri yang terbina siasah dan akhlaknya bermula dari para pemuda dan pemudi itu sendiri. Pernahkah awak semua mendengar..

“Jika ingin melihat sesebuah negara itu, lihatlah para pemuda dan pemudinya”

Pernah, bukan? (Maaf, tak ingat siapa orang yang mengeluarkan kata2 itu..) Jadi… bagaimana kita ingin menjadikan para pemuda2 ini menjadi yang bertanggungjawab dan menjadi tonggak negara yang berkualiti dari segi siasah dan jati diri sekiranya tidak dibentuk sedari kecil lagi. Bagaimana?

Ada sesiapa boleh menjawab? Ada? (Takpelah..jawab dalam hati jelah ye.. bukan saya boleh mendengar pun..Allah je yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..)

Ok.. Inilah jawapannya.. Wali! Boleh kita katakan ingin membentuk sesebuah negara itu bermula dari anak2 kecil. Boleh.. Tidak salah.. Akan tetapi.. Bagaimana ingin membentuk para “anak2 kecil” ini menjadi bertanggungjawab dan penuh dengan sikap nilai2 murni jikalau ibubapanya tidak dibentuk terlebih dahulu..?

Ingat atau tidak kita akan pepatah lama, “Dimana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..” ( Ingat tak..? Tak ingat tuhh bukak balik buku lah ye.. Kalau takpun ‘googling’ lah ye..?)

So, guys.. ( Tetibe cakap omputih.. :P ) Jadi, orang yang lebih tua seperti ibu bapa inilah *terutamanya bapa* bertanggungjawab untuk  melindungi dan menjaga anak2 kecil ini dan membentuknya menjadi insaniah yang berakhlak.. Jangan nanti  anak2 sudah menjadi “rosak”.. Ketika itulah nak berbalah antara satu sama lain mengatakan si ibu salah mendidik! ( Maaf ye.. emosi sikit.. )

Wahai para “Wali”,

Awak semua telah diberikan “amanah” untuk melindungi, menjaga dan mendidik kami, perempuan-perempuan, iaitu anak2, isteri2, ibu2, adik2 perempuan dan kakak2 kamu supaya dapat menjadi “wanita2 solehah perhiasan terbaik dunia”.

Tidakkah kamu bangga untuk menjadi pelindung2 wanita yang berintegriti? Disebut2 namanya oleh para malaikat, para rasul dan Allah SWT? Tidakkah kamu ingin memasuki ke syurga sambil dipimpin oleh kami,  wanita2 yang telah kamu lindungi di dunia?

Sememangnya perempuan ini diakui oleh kebanyakkan lelaki suatu “objek  yang merimaskan”. Jikalau sedemikiankami digelar “objek” bagi kaum lelaki yang naif dan ego di dalam menjalankan tanggunjawabnya. Sedarilah! Jika benar, kami ini merimaskan, “uruskan” kami bukan “buang” kami.

Abang aku pernah berkata padaku, Perempuan diibaratkan seperti rambut. Rambut jikalau tak diurus dengan baik pastinya menjadi kusut dan merimaskan, bukan? Jadi, perlukah kita membotakkannya untuk menghilangkan kusut masai itu? Boleh, namun yang demikian kusut itu pasti datang lagi dan lagi. Jadi, penyelesaiannya? Perlulah diurus dengan baik seperti membasuh rambut, meminyakkannya dan menyikatnya dengan baik. Pasti ia tidak merimaskan dan kemas lagi cantik. Sebegitu juga perempuan, jikalau dibuang pun dari hidup seseorang lelaki itu akan perempuan sekian2 kerana merimaskan, akan datang jua dalam kehidupan seseorang lelaki tersebut selepas itu akan perempuan yang lain meskipun dia akan berbeza dengan orang yang sebelumnya. Akan tetapi, sekiranya tidak diurus dengan baik akan terjadi jua hal yang tadi itu. Seterusnya, hal itu akan berterusan jika tidak berjaya menguruskan dengan baik. Impaknya pasti  membawa bencana buat ummah  dan masyarakat Islam seluruhnya, bukan?


Panjang lebar abang aku cuba menerangkan kepada akumengnai perihalnya seseorang lelaki itu mengenai “pengurusan hal ehwal perempuan”. Ok, sebelum terlupa baik kita berbalik pada topic iaitu Wali.

Justeru, para wali yang disayangi dan disegani oleh kami para wanita kerna tanpa dirimu tidaklah lahir kami ke dunia ini jua. Perempuan pastinya memerlukan lelaki sebegitu sebaliknya jua. Bentukkan dirimu supaya menjadi seorang yang boleh memimpin di masa akan datang. Jangan dikatakan engkau itu  masih muda, perlukan “keseronokkan” lagi sementara usia masih muda. Seronok itu perlu tetapi jangan berlebihan sehingga lupa akan diri  dan tanggungjawab yang menanti dihadapanmu.  Engkau bakal menjadi bapa yang perlu mendidik “insan2 yang baharu” di masa akan datang. Engkau bakal menjadi berusia jikalau umurmu diizinkan Allah untuk lebih panjang lagi.

Jangan rosakkan akhlakmu. Jangan mendayuskan dirimu waima hidupmu masih lagi muda. Isikan dirimu dengan amal sekarang sementara tubuhmu masih kuat dan waktumu masih lapang untuk  berada di mana2.

Jikalau engkau sedar dirimu adalah seorang wali. Engkau pasti  boleh menjadi  pelindung dan penjaga buat kami wanita2 yang berada di sekelilingmu. Wanita seperti kami pasti beruntung mempunyai pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan kami dan berlemah lembut terhadap kami dan membentuk kami menjadi insaniah yang mempunyai arah dan bukan yang merosakkan, menghancurkan serta mengeksploitasikan kami buat kehendak nafsumu semata..

Engkau adalah wali serta khalifah dunia. Tidak semestinya perlu menjadi Perdana Menteri bahawasanya engkau adalah khalifah dunia. Engkau perlu menjadi khalifah buat dirimu dan keluargamu.  Buat kami para wanita yang seumpama ini  sentiasa perlukan batasan jagaanmu. Hormati  kami dan lindungilah kami!

Akhirnya, aku jua seorang wanita. Bukan aku ingin prejudis terhadapmu wahai kaum lelaki.  Cuma,  aku ingin sedarkan dirimu  yang mungkin terhanyut dalam  lenamu sahaja.  Dirimu itu diperlukan diwaktu ini dan selamanya.  Bukan mudah menjadi seorang wali tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan. Aku pasti dan yakin ada di antara kalian boleh melakukannya!

Wahai anak2 gadis dan perempuan seumpamanya..

Wali itu pasti ada. Meskipun kita ditindas oleh “pemimpin” keluarga kita, meskipun kita di dayuskan dan dieksploitasikan hak kita sebagai seorang wanita. Berserahlah pada Allah SWT. Meskipun kita mungkin kehilangan wali2  yang boleh menjadi “pelindung”. Allah itu ada! Jangan dikau bersedih dan jangan dikau hancurkan dirimu dengan mehlah dunia yang bergolak ini kerana kelemahan jiwamu itu. Kita kuat! Jangan lemah! Teruskan perjuangan untuk mujahadah!

Alhamdulillah..  Fuhhhh.. tamat sudah entry untuk kali ini.  Jangan jemu membaca, ya? Ada bait2 puisi untuk awak semua..

Wali itu bukan pada namanya Wali,
Wali itu bukan pada namanya Tok Syeikh berilmu tinggi,
Wali itu bukan dicari ketika ingin dinikahi,
Tetapi Wali itu adalah pemimpin sejati,

Wahai pemuda engkaulah Wali,
Pemimpin dunia  khalifah insani,
Jangan kau alpa akan duniawi,
Tanggungjawab mu melindungi kaum emosi,

Wahai gadis-gadis muda,
Meskipun Walimu hilang punca,
Tidak mendidikmu berperibahasa,
Janganlah engkau berputus asa,

Wahai muslimin yang gagah,
Bernikah itu sememangnya sunnah,
Janganlah menjadi Wali yang membawa fitnah,
Menghancurkan ummat tanpa amanah,

Jadi Wali perlu membentuk diri,
Dengan sikap-sikap yang terpuji,
Bukan berkata dayus dan meninggi diri
Menggunakan wanita serta mengeksploitasi.

No comments:

Post a Comment

Its About Me!

My photo
Lumut, Perak, Malaysia
Seluas dan sedalam lautan dunia pun masih tidak mencukupi untuk mengukur ANUGERAH ALLAH yang TIADA TERNILAINYA..

Translate

Cute Gingerbread Man