Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh..
:)
.
.
.
.
.
Apa khabar semua para pembaca blog sekalian? Antum quwaisy? Anda semua sihat?
Aku doakan semua sihat2 belaka la ye..? :)
Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah yan mengurniakan kesihatan terbaik buat kita semua...
.
.
.
.
.
Kita terus ke tajuk di atas... :)
\ | |||||
(amik dari pakcik google.. :P ) Nama dia EMAS! |
Berlian? Emas? Anda semua tahu akan kedua material tersebut? Tipulah kalau tak tahu kan?
Berlian dan emas adalah 2 material yang sangat penting bagi manusia selain dari WANG kerana nilainya cukup tinggi untuk dijadikan perhiasan tubuh, penjagaan tubuh, perhiasan rumah dll. Pokoknya, kedua-dua material ini dijadikan PERHIASAN semata-mata. (biasanya untuk orang-orang ternama.. :P )
Kenapa tetiba nak cakap pasal emas dan berlian ni, apa kaitan dengan manusia?
Nak tahu? Check it out! Dari cerita benar hidup saya...
..................
2011
Melangkah masuk ke kediaman sederhana di sebuah rumah teres yang mempunyai keluasan halaman yang sederhana cukup menyenangkan bagi aku, bagaikan menjejakkan kaki di sebuah inap desa di tengah-tengah sub-bandar yang sedang membangun. Halamannya yang ditumbuhi rumput-rumput hijau sedia tanam dan sebuah pokok mangga dan rambutan yang meranum buahnya, serta dua sangkar arnab dan sebuah reban ayam di letakkan di sisi rumah. Aku terasa amat tenang dan damai.
Diluar rumah tersebut, barisan motorsikal dan basikal memagari kawasan tersebut sebagai tempat memparkir kenderaan masing-masing. Agak sesak. Akan tetapi itulah suasana sebuah rumah kediaman yang dijadikan tempat untuk mengasah ilmu tambahan selepas tamat waktu sekolah. Tempat itu diberi nama komersial, Rumah Belajar.
Aku menjejakkan kaki ke dalam kawasan rumah tersebut dan berhati-hati melangkah sambil melantunkan bacaan-bacaan doa semoga direstui ilmu yang aku terima pada hari itu dan ilmu-ilmu tersebut tidak menjadi sia-sia seperti debu-debu yang ditiup angin sahaja.
Langkahku terhenti untuk membuka kasut di hadapan sebuah pintu 'sliding-door' dan perlahan-lahan membukanya dan memberi salam. Suasana kelas yang ditambah di bahagian halaman belakang rumah kediaman tersebut agak ripuh dengan suara-suara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang bercampur-campur. Ada yang membaca buku dan membuat ulangkaji latihan. Ada juga yang berdiskusi tentang pelajaran serta subjek yang tidak difahami dan ada juga yang bersuara lantang bergurau senda dengan rakan-rakan masing-masing. Aku? Melihat suasana yang ceria dan ripuh itu sebagai norma hidup yang aku jalani. Biasa.
Aku mengambil tempat seperti biasa di barisan kedua hadapan kerana barisan hadapan selalunya sudah dipenuhi para pelajar lain. Aku bersyukur sekurang-kurangnya tempatku masing agak rapat dengan bahagian hadapan sementelah ruang kelas itu agak kecil dan hanya boleh memuatkan pelajar maksima 15 orang sahaja satu sesi.
15 orang agak sedikit berbanding di sekolah harian, maksima sebuah kelas boleh dimuatkan sehinggan mencecah 40 orang satu sesi. Cikgu berkata, kelas yang kecil memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran kerana jumlah output dan input meningkat sekitar 80% satu sesi. Ada benar juga kata-kata cikgu.
Aku membuka buku rujukan Sains Tingkatan 3 sambil menelaah serba sedikit pelajaran dan subjek yang sudah 2 bulan lamanya aku tinggalkan kerana mempunyai masalah peribadi. Aku terpaksa menumpukan fokusku terhadapa buku Sains tu seberapa segera kerana Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah semakin menghampiri dalam jangka waktu yang terdekat. Atmaku bergesel-gesel dengan keluhan demi keluhan kerana kepenatan. Seusai pulang sekolah aku perlu bersiap-siap menghadiri kelas tuisyen ini. Aku hanya pasrah.
Tiba-tiba 'sliding-door' dibuka, wajah yang terukir senyuman yang agak kacak masuk ke dalam kelas. Rambutnya sudah beruban kerana usianya yang sudah lanjut berginjak 50-an. Kulitnya hitam manis dan ade sedikit kedutan di wajahnya menunjukkan wajahnya sudahmulai menampakkan keuzuran yang nyata. Namun demikian, dia masih segak berpakaian kemas dengan baju kemeja berwarna kuning cair dan bercorak kotak-kotak separa siku dan berseluar track hitam yang kemas bergosok.
"Assalammualaikum..", lelaki separa abad itu memberi salam kepada semua pelajar. Para pelajar yang ripuh dengan suara-suara yang lantang itu kian surut memutarkan butang 'senyap' masing-masing dan menjawab salam lelaki tersebut.
"Waalaikumussalam, cikgu..", para pelajar semua menancap mata dan tidak berkedip-kedip serta fokus terhadap lelaki separa abad yang sedang berdiri santai membelakangkan papan putih yang dikenali sebagai Cikgu Sulaiman.
"Baca doa..", arahnya kepada semua pelajar. Serentak kedua-dua tangan ditadah mengharap bekas rahmat Ilahi agar merestui dan memberkati ilmu yang bakal di sampaikan sebentar sahaja lagi. Seusai doa,parapelajar kembali fokus kewajah Cikgu Sulaiman tanpa berkata apa-apa.
Seperti biasa Cikgu Sulaiman akan bertanya khabar semua pelajar di situ dan keluhan demi keluhan di dengari sambil diselang-seli dengan gelak tawa dan senda gurau sebagai pembuka kata. Cikgu Sulaiman seperti ayah kepada kami. Sangat penyayang.
Kelas dimulakan. Teori demi teori dikeluarkan dan akumulai berkerut seribu mendengar penjelasan demi penjelasan tentang soalan demi soalan yang bertalu-talu mengetuk memori pintu minda yang agak sempit ruangnya. Cikgu Sulaiman dengan tenang membuka satu persatu soalan dan menjelaskannya kembali sehinggalah di waktu akhir.
15 minit waktu sebelum berakhir, kalam Cikgu Sulaiman pasti berunsur santai dan berinspirasi kepada setiap pelajarnya. Topik masih berkisar tentang pelajaran tetapi lebih terjurus kepada nada yang lebih santai.
Topik tentang jenis-jenis galian bumi masih diuar-uarkan. Susunan ketelusan dan kekuatan galian masih mengelirukan kami untuk mengingatinya dengan baik. Justeru, perbandingan demi perbandingan dikeluarkan sehinggalah topik mengenai berlian dan emas.
"Kamu semua tahu tentang berlian?", soal Cikgu Sulaiman.
"Tahu. Berlian sangat cantik!", jawab Syafiqah dengan nada riang.
"Ya. Berlian sangat cantik dan sesuai dijadikan permata yang menghiasi cincin, bukan?", soalnya kembali.
"Ya!", semua pelajar menjawab.
"Namun, tahukah kamu semua bagaimana sebiji berlian yang teramat besar dipotong sehingga menjadi begitu cantik dan sekecil seperti ini?", soalanya kembali sambil mengunjukkan cincin yang berada di jari manisnya.
"Laser mungkin?", jawab Ammar dengan yakin.
"Bukan laser tetapi air.", jelas Cikgu Sulaiman.
"Hah!!?", wajah-wajah pelajar semuanya kelihatan bingungg termasuk aku. 'Air? Mana mungkin air boleh memotong galian paling keras di dunia. Mustahil!', aku berkumal rasa sendiri dengan persoalan.
Cikgu Sulaiman melihat wajah-wajah anak muridnya yang kebingungan meneruskan lagi penjelasannya. Dia tahu minda-minda anak muridnya ini masih mentah dengan ilmu. Diluar kebiasan tentang penggunaan air terhadap berlian.
"Kenapa air? Kamu fikir air itu mengalir tersangat lembut dan sehingga tidak boleh memotong apa-apa? Laser hanya digunakan untuk membentuk berlian-berlian kecil yang telah di pecah-pecahkan. Air tadi digunakan dengan kelajuan dan kejituan yang tinggi sehingga boleh memecahkan batu-batu berlian yang besar-besar yang baru digali.", jelas Cikgu Sulaiman sambil tersenyum.
Para pelajar semuanya berbisik-bisik sambil mempersoal rakan-rakan yang berada di sebelah kiri dan kanan mereka. Bertanya itu ini sedangkan tiada jawapan yang boleh diperoleh kerana tiada siapa yang tahu mengenai hal itu.
"Berlian-berlian yang telah dipecahkan tadi kemudian dibentuk-bentuk menjadi pelbagai rekaan dan di cantumkan dengan gelungan cincin yang diperbuat emas atau perak atau platinum. Maka, jadilah ia sebentuk cincin yang berharga ribuan ringgit dan dijual di kedai-kedai permata.", jelas Cikgu Sulaiman.
"Namun demikian, cincin permata yang dijual dengan harga ribuan ringgit tadi sekiranya digadai harganya adalah ratusan ringgit sahaja.", kalam Cikgu Sulaiman memancing minat pelajar untuk mengetahui tentang nilai emas yang menjadi kurang dari ribuan ringgit pada asalnya. Aku juga tertarik dengan penjelasan Cikgu Sulaiman.
"Sebab apa cikgu nilainya menjadi rendah? Bukankah batu permata amat tinggi nilainya di pasaran?", aku bertanya mempersoalkan akan nilai tersebut.
"Betul. Nilai cincin permata tersebut pada awalnya agak tinggi namun sekiranya digadai hanya mendapat suku dari harga nilai awal pada tika cincin itu dibeli. Kerana apa? Kerana batu permata tersebut telah menjadi teramat kecil dan tidak boleh dicanai untuk membuat rekaan bentuk yang baharu. Sudahnya nilainya menjadi murah kerana itu.", kalam Cikgu Sulaiman terjeda.
"Akan tetapi berlainan pula dengan EMAS. Emas boleh dicanai dengan ketinggian suhu api 400> darjah Celcius untuk mencanaikan emas dan kemudian dibuat pelbagai bentuk. Nilai emas pula akan meningkat saban tahun dan jarang terjadinya penurunan sekiranya berlakupun dalam jumlah kuantiti sedikit sahaja.", kalamnya bersambung kembali.
"Nilai harganya yang tika dbeli mencecah ribuan ringgit dan tika dijual semuala atau digadai harganya boleh meningkat sebanyak 20% paling kurang dari harga asal kerana emasnya boleh dicanai dan diubah bentuknya dan ditukarkan kepada rekaan dan gaya yang baharu dan kerana itu EMAS lebih bernilai dari BERLIAN.", terang Cikgu Sulaiman lagi.
"Ohhh...", suara para pelajar kedengaran. Tanda mengerti dengan wadah dan kalam yang disampaikan. Ilmu baharu diperoleh secara santai. Alhamdulillah. Syukur.
"Namun, tahukah kamu akan beberapa hikmah di sebalik kejadian emas dan berlian tadi?", soal Cikgu Sulaiman semula ketika para pelajar sibuk mengemas buku masing-masing ke dalam beg. Semua pandangan kembali terarah kepada Cikgu Sulaiman.
Hikmah? Apakah hikmahnya? Aku sendiri tidak dapat menafsir apa-apa sementelah otak sudah tepu dengan pelajaran yang ingin dibawa bekal ke rumah. Fikiran sudah warawiri untuk menyiapkan tugasan yang diberikan setiba di rumah nanti. Soalan Cikgu Sulaiman kembalikan aku ke alam realiti untuk menaakul semula kalamnya itu. Sekali lagi aku kebingungan.
"Tidak tahu..", suara-suara pelajar menjelaskan lagi bahawasanya jawapan yang segera perlu diperoleh tanpa berfikir.
"Baiklah, pertama mengenai air yang boleh memecahkan batu berlian yang sememangnya kita tahu galian yang paling keras di bumi ini sehinggakan gergaji atau seumpama besi pun tidak boleh memecahkannya. Namun, hanya menggunakan air, belian-berlian itu bisa dipecahkan dengan mudah.
"Air pada dasarnya sangat lembut. Tidak pernahkah kamu semua lihat, titisan-titisan air yang perlahan itu bisa meretakkan dan melubangi batu-batu yang keras secara berterusan? Begitu juga dengan hati. Hati manusia ini keras seumpama berlian tadi. Namun dengan nasihat, teguran, zikir dan amal ibadat yang berterusan mampu meretakkan dan memecahkan hati-hati yang batu itu kembali mengingati Allah s.w.t."
"Titisan-titisan air tadi diibaratkan seperti segala amal baik yang dilakukan secara konsisten dan istiqamah. Hati ini keras kerana sentiasa di selubungi dengan hawa nafsu dan kehendak yang dibisik-bisik oleh syaitan di hati lalu hati menjadi lalai dan keras. Hanya kerana amal baik yang berterusan sahaja mampu memecahkan setiap dinding-dinding hitam yang berdiri itu dari teguh di hati.", jelasnya dengan panjang lebar.
Aku terpempan. Begitu takjub mendengar penjelasan Cikgu Sulaiman. Bagaimana perkaitan antara Islam dan Sains. Keduanya saling berkait. Indah sungguh Islam. Aku hanya menyedari Islam itu agak jumud dan ketinggalan zaman. Rupa-rupanya, Islam itu lebih moden dari kemodenan dunia ini. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dalam melakukan semua hal. 'Allahuakhbar!', aku bertakbir syukur ke hadrat Ilahi.
"Kedua, Berkaitan emas. Emas mudah dicanai dan kerana hal itu nilainya lebih tinggi. Begitu juga hati. Hati ini mudah di canai. Lebih mudah ia di canai. Lebih tinggi nilainya. Sekiranya hati mudah dicanai dengan zikrullah yang berterusan dan amal-amal yang baik. Nilainya sememangnya tinggi di mata Allah. In shaa Allah.",penjelasan yang kedua lebih singkat berbanding yang pertama. Tetapi itu lebih mudah bagi aku.
"Jadikanlah dirimu seperti EMAS, mudah di canai, nilainya tinggi dan sentiasa tinggi. Jangan jadikan dirimu seperti BERLIAN, keras materialnya, nilai awalnya tinggi namun akhirnya nilainya berkurang jua..", kalam Cikgu Sulaiman diakhiri dengan cakna mindanya yang puitis dan mendalam. Aku tersenyum.
Beg yang sedia dikemas dan kami di benarkan pulang seusai memberi salam. Satu persatu pelajar keluar melalui pintu 'sliding-door' dan menyarung selipar dan kasut masing-masing sambil membawa maklumat yang diperolehi tadi. Aku tersenyum dan melangkah pulang dengan segunung nikmat akalyang aku perolehi tentang HATI.
-TAMAT-
.
.
.
.
.
Bagaimana? Best tak cerpen pendek aku? Kikiki..Cerita benar tuu..
Begitulah alkisahnya tentang berlian dan emas. Kedua-duanya bernilai namun ada nilai yang lebih baik antara keduanya dan perkaitan Islam dan Sains amat bersangkut paut keduanya. Tiada terpisah.
Semoga pembaca blog semua dapat mengambil iktibar, pengajaran dan ilmu dari cerita yang aku sampaikan sebentar tadi.
Apa-apa pun yang baik itu datang dari Allah yang buruk tu datang dari aku sendiri..
Aku akhiri dengan tasbih kifarah..
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM 3X
LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZHOLIMIN..
Wa ilalliqa'..
Senyum selalu semua..
In shaa Allah kita akan bertemu lagi di entry akan datang!
:)
Wabillahi taufiq walhidayah assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh!
No comments:
Post a Comment