Tuesday 9 September 2014

Buku Aku Baru Beli..

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh..

Ape khabar semua readers?? Sihat?
(rasa nak jawab? Jawab dalam hati jelah..)

Alhamdulillah..Sihat belaka.. 
(macam nampak je,kan?kikiki :P )

Ok, on around September 2014!
(bulan Zulkaedah..fiufiu~)  

Well, dah nak the end of the year of 1435 hijrah.. huhu sob..sob..

Sodihh...cozz why? Tak lama lagi nak masuk tahun baru..well umoq bakal berginjak setahun lagi.. 19 tahun.. (tahun hijrah ye...)

Amal berisi entah tidak.. Amal diterima entah ditolak..

Tiada siapa tahu,.. So sad..

**********************************

Tutup cita pasal atas nunn..saje opening story morry je..
 .
.
.
.
.

Well, nak citer pasal buku!

Aku baru je beli buku nihh kat kedai buku Popular kat Aeon Manjung. Ehemm.. 

Aku suka baca buku sebab arwah ayah aku pun memang suka baca buku berlambak-lambak buku dia kat atas rak.. So nak teruskan minat.. beli saje2 buat tambahan..

Buku dari tadi.. Buku ape ek?? Buku ni...

(karya Ustaz A. Ubaidillah Alias..)




    Aku beli ni pun sebab aku tengok drama dia kat TvAlhijrah..kuikuikui..
Walaupun skrip dia banyak jugak ler yang lari dari cerita asal dalam buku ni..Aku memang respect buku ni jalan cerita dia..MashaAllah! Terbaik! Tabarakallah!

 Pada asalnya aku ade gak beli buku sebelum tu..sajer kumpul koleksi..tambah-tambah pulak..ade gambar Imam Muda Nazrul Izwan lak kat kulit muka novel nih..
(kembang sat hidung.. Ustaz ni Tok Imam kat kawasan aku...)

So, ade la sikit bangga yang Tok Imam ni dapat jadi muka kulit novel Islamik camnihh.. Thumbs up!

Buku yang sebelum tuhh.. Buku nihh..

(Ni novel nombor satu..yang atas nunn nombor dua punya..)

   So belekss punya belekss.. aku terus beli on the spot..

Ade lagi yang aku beli..

Macam buku motivasi Dr. John Gray nihh..tapi bukan versi omputihla.. dah di translate ke Bahasa Melayu.. oleh Penerbitan PTS Millennia..



 Of cozz ade lagi karya dari PTS Millenia gak.. 

Karya Dr. Muhammad Suhadi,



Hebatnya Bangun Awal Pagi!

Huhuhu Gempak je baca..best!

Of cozz..sebelum terlupa..

Jeeng...jeng... karya Hilal Asyraf!

Sebelum Aku Bernikah!
(Ok jangan nak kata aku nak kawen ekk.. Aku memang nak kawen  tapi bukan sekarang.. :P)

 
 Hikhik..Banyak kan aku beli? Well habis RM100 aku on the spot withdrawal.. huhuhu..hari tu..

Tapi  untuk ilmu ape salahnya tak? Sesekali beli..

Lagipun bukan novel lagha.. novel berilmu jugak..

Tapi its up to u alls nk judge mcm mana pasal buku2 aku ni.. Just this is what i really interested in... (hancuusss grammar aku.. sob.sob..)

Nota kaki dan tangan: Pilihlah bahan bacaan yang meningkatkan akhlak dan moraliti buku bukan yang sebaliknya..

Diakhiri dengan tasbih kifarah...
Astaghfirullah hal azim 7x

"Segala yang baik datang dari Allah, Segala yang kurang baik datang dari aku sendiri.."

Jazakallahu khairan kathira sebab singgah kat blog aku ni.. ;) 

Monday 2 June 2014

Bukan Universiti Sahaja Tempat Orang Berjaya~



Assalammualaikum para blogger dan readers semua, dan salam 1 Malaysia hendaknya, apa khabar? Sihat? Maaf lama tak berkunjung khabar menulis artikel di sini. Aku sibuk sikit sebab sejak keluar ‘result’ SPM, aku agak sibuk nak memohon sana sini IPTA/IPTS. 

Tapi malangnya, aku tak dapat mana-mana IPTA yang aku inginkan. Huhu.. Tak apelah rezeki di tangan ALLAH SWT. Tak dapat tu maksudnya ade rezeki kat tempat lain lah tu. It’s okay… (senyum sokmo)
IPTS pulak duit kena banyak keluar. Kadang-kadang tak masuk akal je pembayarannya. Jadi,  disebabkan kecurigaan yang tinggi dan was-was tu, aku rasa lebih baik tak perlu pergi ke mana-mana IPTA/IPTS. (buang masa je..)

Sekarang ni kan banyak sangat graduan menggangur sana sini, hinggakan pangkat PhD pun ade. Haisshh..susahlah macam tu, mak ayah dah ‘melabur’ duit banyak pada kita, tapi kita? Nak membalas balik tu dah susah, akhirnya mati kena kutuk je. Bukan kena kutuk ngan masyarakat je, mak ayah kita yang menjadi sumber ‘keredhaan’ dan ‘keberkatan’ hidup tu pun bakal kutuk kita diam-diam kalau tak kutuk pun akan sedih memikirkan tentang kita yang tak menentu hala tuju hidup.

Harapan mak ayah kita ni satu je bukan nak ape pun, nak kita bahagia dengan hidup kita, mampu berdikari dengan kaki sendiri, ada keluarga sendiri, mampu membina kehidupan yang jauh lebih baik dari mereka sendiri. Itu sahaja.. 

Jadi, kalau kita belajar setinggi langit pun sampai berhabis tanah mak ayah kita gadai nak bagi kita belajar di IPTA/IPTS tapi akhirnya jadi ‘graduan penganggur’, ape gunanya? Sijil banyak berhimpun dalam rak sampai berhabuk pun ape gunanya kalau tak bekerja sesuai dengan sijil-sijil yang kita dapat tu? Buang masa, buang duit je.. dah lah tu.. berhutang pulak tu.. Nak bayar macam mana tu kalau tak bekerja??

Jadi, kita ni bukannya bodoh, sekarang ni zaman IT bukan zaman ubi kayu lagi. Jadi, kenapa kebanyakkan orang kita ni buat ‘pekak’, ‘bisu’ dan ‘buta’ terhadap yang terjadi di sekeliling kita? Dah tahu ramai yang masuk IPTA/IPTS tu hampir ratusan ribu penggangur bersijil, tak bekerja, kita masih nak lakukan hal yang sama? Terjun dalam jurang yang sama? Tak ke ‘kurang cerdik’namanya tu..

Kalau zaman dulu-dulu,  awal 40-an ke 50-an, masuk universiti tu mmg  kompem terjamin dapat kerja, bergolok gadai tanah pun kira berbaloi masa tu sebab jaminannya hidup senang selepas tu, ade kerja. Gaji? Memang lumayan. RM100 tu macam-macam boleh beli, kira mcm org kaya kat kampung la.. Mak ayah pun bangga kata anak dia seorang yang terpelajar.

Tapi sekarang fenomena dah lain, bukan macam dulu dah, masuk universiti kalau bukan anak orang kaya tak mungkin la dapat kerja yang beriban-riban (ribu-ribu) tu. Selalu aku dengar anak orang kaya ni senang je nak dapat kerja sebab mak ayah mereka ni ade ‘pengaruh’, orang ‘besar-besar’, mereka boleh guna ‘orang dalam’ semata-mata nak bagi kerja ikut sijil si anak tu. Licik betul!

Bukanlah saya nak mengeji ke apa, orang ‘besar-besar’ yang tak buat tu tak perlu terasa lah ye? Kalau yang buat tu jangan pulak nak saman aku ni pulak, dah buat salah tu mengaku jelah, tak berkat pun kalau buat benda salah ni..

Moh kita lihat zaman dulu, boleh kata mana ade anak orang ‘besar-besar’ ni kalau ade pun tu, ‘anak raja’ atau ‘anak para pembesar’ tak pun ‘anak ketua kampung’, selebihnya semua anak petani, anak pesawah, anak penoreh getah, anak pengait kelapa dan macam-macam lagi.

Memang ade orang zaman dulu buat macam orang sekarang ni, guna ‘orang dalam’ bagai nak hantar anak masuk universiti, biasalah sejarah memang biasanya akan berulang semula dalam setiap aliran zaman kehidupan. Sifat buruk dan baik tu memang akan berulang ke anak cucu kita, jadi kalau nak masa depan yang baik, berubahlah kepada lebih baik supaya ‘sejarah lama’ yang tipikal macam ni tak mungkin berulang kembali. Start dari kita dulu…

Sekarang ni, baik kita guna akal yang ALLAH SWT beri kepada kita supaya tak berulang kesilapan yang sama macam orang lain lakukan kebanyakkannya. Tak bersijil atau tak ke universiti, takde diploma, takde ijazah, takde master, takde PhD bukan bermakna kita ni terlalu lemah atau tak terpelajar. Malahan bukan juga bodoh malah tak keterlaluan juga aku katakan anda sangat bijak!

Kenapa  bijak? Kerana kita tak perlu mengikut fenomena yang menjadi ‘kebiasaan’ kepada orang lain. Belum tentu ape yang kita nampak baik dan bagus tu baik untuk kita. Belum tentu! Anjakkan paradigma diri kepada sesuatu yang luar biasa! Ya! Luar biasa! Luar kebiasaan orang lain biasa buat.

Luar biasa yang biasa aku maksudkan bukan pergi panjat bangunan KLCC ke atau buat hal yang pelik2 sebab nak pecah rekod masuk dalam BOOK OF RECORDS ke ape.. tak.. bukan macam tu..

Luar biasa yang aku maksudkan adalah keluar dari kebiasaan, macam kalau orang sekarang ramai pergi belajar ke universiti, mungkin kita pergi belajar bukan ke universiti, kita pergi belajar kemahiran, kat kolej  komuniti  ke, tingkatkan kemahiran yang sedia ada, asah bakat yang terpendam (kalau ade..) kalau takde pun jangan sedih, setiap orang diberi kemahiran yang berbeza, cuba berhenti sejenak dan pejam mata rapat-rapat, dan fikirkan baik-baik mungkin ade yang anda terlepas pandang, perkara yang mungkin nampak remeh-temeh tu, mungkin adalah perkara yang boleh anda asah menjadi bakat dan seterusnya menjadi sumber pendapatan anda! Tidak Mustahil!

Tak hina pun belajar hanya setakat sijil, sebenarnya kalau dipandang betul-betul, ramai jutawan di dunia ini bukannya habis sekolah pun sebenarnya, tak ke universiti pun,  tapi mereka boleh berjaya. Kenapa? Kerana mereka tahu hendak menggunakan masa, usaha dan bakat mereka kepada perkara yang betul!

Jadi, jangan jadi anjing yang menyalak bukit, anjing yang hanya tahu menyalak sedangkan bukit tu bukan bergerak pun. Aku asyik terdengar ramai betul manusia jenis macam ni. Tahu menyalak sahaja, kalau nak dunia tu berubah, mula dari diri sendiri bukannya menyalak macam anjing kepada orang lain. Mula yang macam mana? Mula untuk mengubah diri sendiri ke taraf yang lebih baik, buktikan anda boleh berjaya!

Ini tidak, nak  suara didengar pergi ber’demonstrasi’ di  tepi jalan, menghantar memorandum kononnya. Bagi aku tak lebih seperti anjing yang menyalak bukit sahaja! Sedangkan orang yang nak dimaklumkan tu berada di dalam sebuah bilik khasnya, sedang menatap hal-hal lain. Tak ke ‘kurang cerdik’ namanya tu. Orang itu sedang sejuk berhawa dingin, anda berpanas di bawah terik mentari, kalau anda seorang tak ape, ini tidak menyusahkan ramai orang. Memaksa mereka menyokong akan salakan anjing sebegitu.

Cubalah..cubalah.. anda cuba menjadi orang yang berjaya! Anda tak perlu ramai orang untuk berkumpul seperti anjing-anjing kurap di tepi jalan, anda hanya perlukan diri anda, jati diri anda dan semangat anda itu sahaja. In shaa Allah, jika niat anda memang betul luhur dan murni, anda seorang sahaja sudah cukup menghantar memorandum kepada orang tersebut.

Jadi, tidak ade yang bakal menyusahkan diri berada di bawah terik mentari, tidak ade yang menyalak seperti anjing, dan hanya anda dan orang tersebut di dalam bilik penghawa dingin, berdebat dengan minda dan intelektual yang kukuh, jikalau anda menang dengan gaya yang ‘sopan dan terhormat’ sebegitu. Anda bakal dapat bantu ramai orang tanpa perlu menyusahkan orang lain dengan cara ‘tidak bertamadun’ begitu.

Buktikan yang anda seorang intelektual abad ke-21 bukan orang zaman ubi kayu yang tak berpelajaran. Anda dilahirkan didalam ‘tamadun’ bukan ‘di dalam kelompok haiwan! Anda adalah manusia, manusia  yang dikurniakan akal yang terlalu istimewa oleh ALLAH SWT. Jadi, manusia mestilah bersikap seperti manusia. 

Maafkan saya akan kelantangan bersuara di dalam artikel kali ini, ini adalah artikel untuk membuka minda kepada semua orang, bukan sahaja rakyat malahan orang besar-besar juga boleh membacanya. Maafkan saya sebab mengguris hati sesetengah pihak, namun akuilah kesalahan kerana orang yang akui kesalahan dan  cuba memperbetulkan kesalahan itu akan terus berjaya kerana mereka sentiasa memperbaiki silap mereka.

Sebelum ape-ape marilah kita lihat diri kita dahulu, di mana dan ape silapnya di masa lalu, semoga menjadi pengajaran buat masa depan. Tidaklah aku katakan, aku seorang yang sempurna tetapi lebih tepat aku adelah manusia seperti anda juga, silapnya banyak, kurangnya pun banyak. Maafkan saya atas artikel kali ini diharapnya. Semoga ade antara anda terkesan dengan pembacaan ini. Sama-salah kita ambil manfaat dari pembacaan kali ini, dan ape yang tidak betul, jadikan sempadan kehidupan.. In shaa Allah..  

Kini, aku ingin maklumkan aku bakal melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pondok untuk mendalami ilmu agama Islam yang menjadi asas hidup sebagai seorang muslimah. Kerana dalam  banyak-banyak ilmu sebaik-baiknya ilmu agama Islam kerana hanya amal Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Saw sahaja yang bakal mengikuti aku sehingga hari kiamat. Doakan aku untuk belajar dengan baik di sana ya? Doakan aku berjaya di dunia dan akhirat kelak.. In shaa Allah..

Jikalau ade masa in shaa Allah kita bakal bersua  lagi dalam artikel akan datang.. Wa ilalliqa’ dan Assalammualaikum wbt.  

Monday 19 May 2014

Nasihat Ringkas Untuk Si Pengata Niqabis..

Assalammualaikum warrahmatulalhi wabarakatuh, sihat ke semua warga pembaca blog? Semoga sentiasa sihat selamanya..In shaa Allah..

Hari ni, takde story nak cerita sangat. Aku seperti biasa masih berniqab. Tetapi ujian macam2 menimpa selepas secara rasminya 2 TAHUN dah pakai niqab!

Alhamdulillah... Syukur..

Ujian tu rahmat dan juga nikmat walaupun lelah jugak dengan ujiannya.. Sabar..heee

Ada satu story, masa aku pergi ke kedai kat hospital tu.. yang kat tempat aku ni panggil hospimart, ade seorang budak kecik ni main2 kat depan pintu kedai tu.. Punya tak sedar lari2 sampai terserempak dengan aku yang berniqab.. GEDEBUKK.. budak tu  jatuh terduduk sebab terkejut nampak aku punya pasal..

hahaha.. lawaks punya terkejut..

Lepastu aku dah sampai kat kaunter, nak bayar semua barang.. bapak budak tu acah2 anak dia ni..

"ha..ha.. pergilah..kata nak tanya sangat.. ha."
(bapak dia cakap)

"tak naklah.. HANTUU.. takutt.."
(anaknya menjawab..)

Pulakk aku dikatanya..  HANTU..? ishh tak patutla comell.. 

Okla,normal la budak2 kecik panggil orang berniqab ni hantu coz deme ni tak paham kebenda lagi..
tapi...
 orang DEWASA a.k.a mukallaf nih..

Ajenya ia tak paham duk mengata "ninja" la.. "hantuu" la..
(Bijaksana sungguh..)

Mana datang ler akal tu nak mengata camtu?

 Orang dewasa ofcoz kena lebih dewasa, ada akal yang lebih baik tu gunalah.. Kang cakap "kurang siuman", marahh...

so, secara santainya aku nak cakap, yang 'terbuka', kome puji.. yang 'tertutup' kome mengeji..

Teruskan usaha yang MULIA tu..ye? -_-

Selamat beramal hendaknya~

 

Wednesday 16 April 2014

Pentingnya Seorang Wali..

Assalammualaikum para pembaca semua.. Sihat ke? Alhamdulillah kalau sihat.. Aku doakan semua sihat2 sahaja. Kalau yang tak sihat tu bawak2 berehat ye..? sambil2 baca entry aku kali nihh..

Ok, senyum sokmo kali ni.. Ape ye?? Citer pasal kahwin? Jemu tak membaca? Aishhh.. rasanya tak jemu, kan? (hikhik.. :P )

ihsan pakcik google.. :P

Aku sambil2 menulis entry ni masa ni aku tengah menonton drama AKU ADA WALI di TvAlhijrah. Hurmm.. aku pergi mana2 atau ape yang aku tonton pastinya kecenderungan penceritaannya pada perkahwinan.

Ya.. Aku ada wali. Awak semua yang gadis2 yang sedang membaca entry ni pun pastinya ada wali. Wali tu bukan Tok Syeikh2 je, ye? Wali tu “penjaga”. Kita semua wahai gadis2 pastinya ade “penjaga”. Penjaga itu merupakan datuk, ayah, abang2, adik2 lelaki dan ahli anggota keluarga lelaki yang lain. (kalau yang takde sesiapa tu.. Maaf ye.. :/ )

Wahai anak2 gadis,

Sesungguhnya kita sebagai “wanita” sememangnya diciptakan “lemah”. Ya, lemah dari sudut kekuatan fizikal dan emosi. Namun demikian, bukan aku  ingin katakan yang kita sebagai “wanita” ini “lemah”. Akan tetapi akuilah kita bahawasanya kita perlukan “penjaga”. Tidak semua perkara kita mampu  lakukannya sendiri, bukan? Pastinya perlukan pertolongan. Mereka2 inilah menjadi “penjaga” sekaligus sebagai “penolong” kita.

Wali inilah yang bertanggungjawab menjadi  pemimpin kita sedari kecil lagi. Bukan dicari “wali” ini ketika mahu ber “nikah” sahaja. Salah tuu.. ye kawan2..

Malang untuk kita wahai perempuan. Di zaman millennia kini, kita sudah kehilangan para pemuda, para bapa yang semakin hilang dalam keimanan mereka sendiri. Tenggelam dalam dunia yang bergolak dan karam  di dalam lautan nafsu sehinggakan mereka tidak lagi  mengenal erti tanggungjawab mereka sebagai seorang “wali” bagi ahli keluarga mereka.

Justeru, kita sebagai perempuan terpaksa bangun “melindungi” diri kita sendiri. Terpaksa “menjaga” diri sendiri di waktu yang paling galau pun. Kehilangan para “wali” juga menghilangkan kita sebagai “wanita2 permata” ini terus ditenggelami dalam dunia minoriti. Oleh yang demikian, hal ini sangat2 berat bukan hal yang remeh temeh.

Bermulanya sesebuah negara yang membangun modal insan dan jati diri yang terbina siasah dan akhlaknya bermula dari para pemuda dan pemudi itu sendiri. Pernahkah awak semua mendengar..

“Jika ingin melihat sesebuah negara itu, lihatlah para pemuda dan pemudinya”

Pernah, bukan? (Maaf, tak ingat siapa orang yang mengeluarkan kata2 itu..) Jadi… bagaimana kita ingin menjadikan para pemuda2 ini menjadi yang bertanggungjawab dan menjadi tonggak negara yang berkualiti dari segi siasah dan jati diri sekiranya tidak dibentuk sedari kecil lagi. Bagaimana?

Ada sesiapa boleh menjawab? Ada? (Takpelah..jawab dalam hati jelah ye.. bukan saya boleh mendengar pun..Allah je yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..)

Ok.. Inilah jawapannya.. Wali! Boleh kita katakan ingin membentuk sesebuah negara itu bermula dari anak2 kecil. Boleh.. Tidak salah.. Akan tetapi.. Bagaimana ingin membentuk para “anak2 kecil” ini menjadi bertanggungjawab dan penuh dengan sikap nilai2 murni jikalau ibubapanya tidak dibentuk terlebih dahulu..?

Ingat atau tidak kita akan pepatah lama, “Dimana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..” ( Ingat tak..? Tak ingat tuhh bukak balik buku lah ye.. Kalau takpun ‘googling’ lah ye..?)

So, guys.. ( Tetibe cakap omputih.. :P ) Jadi, orang yang lebih tua seperti ibu bapa inilah *terutamanya bapa* bertanggungjawab untuk  melindungi dan menjaga anak2 kecil ini dan membentuknya menjadi insaniah yang berakhlak.. Jangan nanti  anak2 sudah menjadi “rosak”.. Ketika itulah nak berbalah antara satu sama lain mengatakan si ibu salah mendidik! ( Maaf ye.. emosi sikit.. )

Wahai para “Wali”,

Awak semua telah diberikan “amanah” untuk melindungi, menjaga dan mendidik kami, perempuan-perempuan, iaitu anak2, isteri2, ibu2, adik2 perempuan dan kakak2 kamu supaya dapat menjadi “wanita2 solehah perhiasan terbaik dunia”.

Tidakkah kamu bangga untuk menjadi pelindung2 wanita yang berintegriti? Disebut2 namanya oleh para malaikat, para rasul dan Allah SWT? Tidakkah kamu ingin memasuki ke syurga sambil dipimpin oleh kami,  wanita2 yang telah kamu lindungi di dunia?

Sememangnya perempuan ini diakui oleh kebanyakkan lelaki suatu “objek  yang merimaskan”. Jikalau sedemikiankami digelar “objek” bagi kaum lelaki yang naif dan ego di dalam menjalankan tanggunjawabnya. Sedarilah! Jika benar, kami ini merimaskan, “uruskan” kami bukan “buang” kami.

Abang aku pernah berkata padaku, Perempuan diibaratkan seperti rambut. Rambut jikalau tak diurus dengan baik pastinya menjadi kusut dan merimaskan, bukan? Jadi, perlukah kita membotakkannya untuk menghilangkan kusut masai itu? Boleh, namun yang demikian kusut itu pasti datang lagi dan lagi. Jadi, penyelesaiannya? Perlulah diurus dengan baik seperti membasuh rambut, meminyakkannya dan menyikatnya dengan baik. Pasti ia tidak merimaskan dan kemas lagi cantik. Sebegitu juga perempuan, jikalau dibuang pun dari hidup seseorang lelaki itu akan perempuan sekian2 kerana merimaskan, akan datang jua dalam kehidupan seseorang lelaki tersebut selepas itu akan perempuan yang lain meskipun dia akan berbeza dengan orang yang sebelumnya. Akan tetapi, sekiranya tidak diurus dengan baik akan terjadi jua hal yang tadi itu. Seterusnya, hal itu akan berterusan jika tidak berjaya menguruskan dengan baik. Impaknya pasti  membawa bencana buat ummah  dan masyarakat Islam seluruhnya, bukan?


Panjang lebar abang aku cuba menerangkan kepada akumengnai perihalnya seseorang lelaki itu mengenai “pengurusan hal ehwal perempuan”. Ok, sebelum terlupa baik kita berbalik pada topic iaitu Wali.

Justeru, para wali yang disayangi dan disegani oleh kami para wanita kerna tanpa dirimu tidaklah lahir kami ke dunia ini jua. Perempuan pastinya memerlukan lelaki sebegitu sebaliknya jua. Bentukkan dirimu supaya menjadi seorang yang boleh memimpin di masa akan datang. Jangan dikatakan engkau itu  masih muda, perlukan “keseronokkan” lagi sementara usia masih muda. Seronok itu perlu tetapi jangan berlebihan sehingga lupa akan diri  dan tanggungjawab yang menanti dihadapanmu.  Engkau bakal menjadi bapa yang perlu mendidik “insan2 yang baharu” di masa akan datang. Engkau bakal menjadi berusia jikalau umurmu diizinkan Allah untuk lebih panjang lagi.

Jangan rosakkan akhlakmu. Jangan mendayuskan dirimu waima hidupmu masih lagi muda. Isikan dirimu dengan amal sekarang sementara tubuhmu masih kuat dan waktumu masih lapang untuk  berada di mana2.

Jikalau engkau sedar dirimu adalah seorang wali. Engkau pasti  boleh menjadi  pelindung dan penjaga buat kami wanita2 yang berada di sekelilingmu. Wanita seperti kami pasti beruntung mempunyai pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan kami dan berlemah lembut terhadap kami dan membentuk kami menjadi insaniah yang mempunyai arah dan bukan yang merosakkan, menghancurkan serta mengeksploitasikan kami buat kehendak nafsumu semata..

Engkau adalah wali serta khalifah dunia. Tidak semestinya perlu menjadi Perdana Menteri bahawasanya engkau adalah khalifah dunia. Engkau perlu menjadi khalifah buat dirimu dan keluargamu.  Buat kami para wanita yang seumpama ini  sentiasa perlukan batasan jagaanmu. Hormati  kami dan lindungilah kami!

Akhirnya, aku jua seorang wanita. Bukan aku ingin prejudis terhadapmu wahai kaum lelaki.  Cuma,  aku ingin sedarkan dirimu  yang mungkin terhanyut dalam  lenamu sahaja.  Dirimu itu diperlukan diwaktu ini dan selamanya.  Bukan mudah menjadi seorang wali tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan. Aku pasti dan yakin ada di antara kalian boleh melakukannya!

Wahai anak2 gadis dan perempuan seumpamanya..

Wali itu pasti ada. Meskipun kita ditindas oleh “pemimpin” keluarga kita, meskipun kita di dayuskan dan dieksploitasikan hak kita sebagai seorang wanita. Berserahlah pada Allah SWT. Meskipun kita mungkin kehilangan wali2  yang boleh menjadi “pelindung”. Allah itu ada! Jangan dikau bersedih dan jangan dikau hancurkan dirimu dengan mehlah dunia yang bergolak ini kerana kelemahan jiwamu itu. Kita kuat! Jangan lemah! Teruskan perjuangan untuk mujahadah!

Alhamdulillah..  Fuhhhh.. tamat sudah entry untuk kali ini.  Jangan jemu membaca, ya? Ada bait2 puisi untuk awak semua..

Wali itu bukan pada namanya Wali,
Wali itu bukan pada namanya Tok Syeikh berilmu tinggi,
Wali itu bukan dicari ketika ingin dinikahi,
Tetapi Wali itu adalah pemimpin sejati,

Wahai pemuda engkaulah Wali,
Pemimpin dunia  khalifah insani,
Jangan kau alpa akan duniawi,
Tanggungjawab mu melindungi kaum emosi,

Wahai gadis-gadis muda,
Meskipun Walimu hilang punca,
Tidak mendidikmu berperibahasa,
Janganlah engkau berputus asa,

Wahai muslimin yang gagah,
Bernikah itu sememangnya sunnah,
Janganlah menjadi Wali yang membawa fitnah,
Menghancurkan ummat tanpa amanah,

Jadi Wali perlu membentuk diri,
Dengan sikap-sikap yang terpuji,
Bukan berkata dayus dan meninggi diri
Menggunakan wanita serta mengeksploitasi.

Tuesday 15 April 2014

Jangan Memberi Harapan Palsu Pada Cinta


Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..
Memberi cinta umpama mengekang sesorang dari hidup bebas. Terhimpun dalam kelompok tanggungjawab. Benarkah sebegitu?
Ada seseorang pernah berkata.."Jikalau cintakan seseorang tu biarkanlah ia terus bebas.."

Ada seseorang yang lain pulak berkata..
" Jikalau diberi bebas..itu bukan cinta namanya..Bebas tapi perlu terbatas.. Kalau nak bebas sebaiknya hidup bersendiri.."

Bagi aku, bebas itu perlu tetapi ada batasnya..
ibaratkan tali yang diikat, jangan terlalu longgar, jangan terlalu ketat, sederhana ikatannya tetapi kemas.. tak sampai terbuka ikatannya, tak terlalu sukar menghuraikannya..

Sebegitu hidup, sebegitu juga cinta.. Kita hidup dengan orang.. Kita bercinta juga dengan orang..bukan dengan robot.. Perasaan tu macam tali lah.. Jangan terlalu mengharap sampai lemas, jangan tak berharap sampai terasa bebas..

Sederhana dalam setiap perkara..mungkin ada yang baik di luar sana tetapi belum tentu baik untuk kita.. Mencari sesuatu yang baik tak salah tetapi jangan sampai berikan harapan yang menggunung terhadap perasaan orang lain yang tentu sudah mengharapkan kita. 

Jangan rasakan anda sudah boleh jadi wira/wirawati dengan berikan 'harapan palsu' terhadap orang lain. Tindakan itu salah! Nyata, anda tidak boleh menyintai sesorang dengan simpati semata-mata..Kemudian tindakan anda membuat keputusan mendadak tanpa fikirkan akibat yang bakal melanda..

Banyak kes diluar sana, pembunuhan, dendam, sihir dan sebagainya bertunjangkan perkara yang dilihat remeh temeh ini. Kemudian anda salahkan mereka kerana berbaurkan nafsu dan hasutan syaitan.. Anda yang membuka jalan untuk syaitan itu mendekati mereka2 ini untuk menyakiti anda!

Justeru, jika anda yang memikirkan apa yang anda lakukan masih mempunyai harapan untuk diubah, ubahkanlah, jika ada di antara anda ingin berfikiran seperti itu, berubahlah..
Pandang sesuatu biarlah jauh ke hadapan bukan ke belakang.. 

Pada yang sudah mula nak menyantau dengan pelbagai ubat guna-guna kerana sakit hati atas seseorang dan pada yang sedang merangka strategi untuk menjatuhkan orang lain.. bertaubatlah.. Di dunia ini, kita tak mungkin miliki apa yang kita mahukan.. termasuk
CINTA..

Ya! Anda pernah disakiti dan saya juga merasakan kesakitan yang sama..pernah jua disakiti insan bernama manusia.. Tetapi, apakan daya kita yang lemah...? Doa mohon hati kita tidak terus cenderung pada hal yang bernafsu sekali lagi dan tidak terjebak ke dalam lubang yang sama sekali lagi!

Berdoa dipertemukan hati2 manusia yang berjiwa nurani seperti wajah2 mereka jua.. Mohon doa jangan dipertemukan mereka yang berwajah alim lagi baik tetapi hati sekejam serigala pemakan kambing!

Kata2 ini bukan mengatakan saya bagus ataupun seorang penceramah bertauliah. Cuma, saya bertekad tidak mahu ada segolongan anda di sini menyakiti dan di sakiti lagi.. Cukup saya seorang merasakannya dan anda mempelajarinya tidak mengulang kesilapan yang sama..

Sementelah ada yang bercerita signifikan pengalamannya seperti saya tetapi lebih teruk lagi..Jiwa saya rasa walah kerana meletakkan diri ini di dalam diri mereka.. Jadi tinta noktah di sini, seperti kata
Saidina Ali Karamallahu Wajhah,"Orang yang bijaksana adalah orang mempelajari dari kesilapan orang lain"
Wallahu A’lam


Its About Me!

My photo
Lumut, Perak, Malaysia
Seluas dan sedalam lautan dunia pun masih tidak mencukupi untuk mengukur ANUGERAH ALLAH yang TIADA TERNILAINYA..

Translate

Cute Gingerbread Man