Wednesday, 16 April 2014

Pentingnya Seorang Wali..

Assalammualaikum para pembaca semua.. Sihat ke? Alhamdulillah kalau sihat.. Aku doakan semua sihat2 sahaja. Kalau yang tak sihat tu bawak2 berehat ye..? sambil2 baca entry aku kali nihh..

Ok, senyum sokmo kali ni.. Ape ye?? Citer pasal kahwin? Jemu tak membaca? Aishhh.. rasanya tak jemu, kan? (hikhik.. :P )

ihsan pakcik google.. :P

Aku sambil2 menulis entry ni masa ni aku tengah menonton drama AKU ADA WALI di TvAlhijrah. Hurmm.. aku pergi mana2 atau ape yang aku tonton pastinya kecenderungan penceritaannya pada perkahwinan.

Ya.. Aku ada wali. Awak semua yang gadis2 yang sedang membaca entry ni pun pastinya ada wali. Wali tu bukan Tok Syeikh2 je, ye? Wali tu “penjaga”. Kita semua wahai gadis2 pastinya ade “penjaga”. Penjaga itu merupakan datuk, ayah, abang2, adik2 lelaki dan ahli anggota keluarga lelaki yang lain. (kalau yang takde sesiapa tu.. Maaf ye.. :/ )

Wahai anak2 gadis,

Sesungguhnya kita sebagai “wanita” sememangnya diciptakan “lemah”. Ya, lemah dari sudut kekuatan fizikal dan emosi. Namun demikian, bukan aku  ingin katakan yang kita sebagai “wanita” ini “lemah”. Akan tetapi akuilah kita bahawasanya kita perlukan “penjaga”. Tidak semua perkara kita mampu  lakukannya sendiri, bukan? Pastinya perlukan pertolongan. Mereka2 inilah menjadi “penjaga” sekaligus sebagai “penolong” kita.

Wali inilah yang bertanggungjawab menjadi  pemimpin kita sedari kecil lagi. Bukan dicari “wali” ini ketika mahu ber “nikah” sahaja. Salah tuu.. ye kawan2..

Malang untuk kita wahai perempuan. Di zaman millennia kini, kita sudah kehilangan para pemuda, para bapa yang semakin hilang dalam keimanan mereka sendiri. Tenggelam dalam dunia yang bergolak dan karam  di dalam lautan nafsu sehinggakan mereka tidak lagi  mengenal erti tanggungjawab mereka sebagai seorang “wali” bagi ahli keluarga mereka.

Justeru, kita sebagai perempuan terpaksa bangun “melindungi” diri kita sendiri. Terpaksa “menjaga” diri sendiri di waktu yang paling galau pun. Kehilangan para “wali” juga menghilangkan kita sebagai “wanita2 permata” ini terus ditenggelami dalam dunia minoriti. Oleh yang demikian, hal ini sangat2 berat bukan hal yang remeh temeh.

Bermulanya sesebuah negara yang membangun modal insan dan jati diri yang terbina siasah dan akhlaknya bermula dari para pemuda dan pemudi itu sendiri. Pernahkah awak semua mendengar..

“Jika ingin melihat sesebuah negara itu, lihatlah para pemuda dan pemudinya”

Pernah, bukan? (Maaf, tak ingat siapa orang yang mengeluarkan kata2 itu..) Jadi… bagaimana kita ingin menjadikan para pemuda2 ini menjadi yang bertanggungjawab dan menjadi tonggak negara yang berkualiti dari segi siasah dan jati diri sekiranya tidak dibentuk sedari kecil lagi. Bagaimana?

Ada sesiapa boleh menjawab? Ada? (Takpelah..jawab dalam hati jelah ye.. bukan saya boleh mendengar pun..Allah je yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..)

Ok.. Inilah jawapannya.. Wali! Boleh kita katakan ingin membentuk sesebuah negara itu bermula dari anak2 kecil. Boleh.. Tidak salah.. Akan tetapi.. Bagaimana ingin membentuk para “anak2 kecil” ini menjadi bertanggungjawab dan penuh dengan sikap nilai2 murni jikalau ibubapanya tidak dibentuk terlebih dahulu..?

Ingat atau tidak kita akan pepatah lama, “Dimana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..” ( Ingat tak..? Tak ingat tuhh bukak balik buku lah ye.. Kalau takpun ‘googling’ lah ye..?)

So, guys.. ( Tetibe cakap omputih.. :P ) Jadi, orang yang lebih tua seperti ibu bapa inilah *terutamanya bapa* bertanggungjawab untuk  melindungi dan menjaga anak2 kecil ini dan membentuknya menjadi insaniah yang berakhlak.. Jangan nanti  anak2 sudah menjadi “rosak”.. Ketika itulah nak berbalah antara satu sama lain mengatakan si ibu salah mendidik! ( Maaf ye.. emosi sikit.. )

Wahai para “Wali”,

Awak semua telah diberikan “amanah” untuk melindungi, menjaga dan mendidik kami, perempuan-perempuan, iaitu anak2, isteri2, ibu2, adik2 perempuan dan kakak2 kamu supaya dapat menjadi “wanita2 solehah perhiasan terbaik dunia”.

Tidakkah kamu bangga untuk menjadi pelindung2 wanita yang berintegriti? Disebut2 namanya oleh para malaikat, para rasul dan Allah SWT? Tidakkah kamu ingin memasuki ke syurga sambil dipimpin oleh kami,  wanita2 yang telah kamu lindungi di dunia?

Sememangnya perempuan ini diakui oleh kebanyakkan lelaki suatu “objek  yang merimaskan”. Jikalau sedemikiankami digelar “objek” bagi kaum lelaki yang naif dan ego di dalam menjalankan tanggunjawabnya. Sedarilah! Jika benar, kami ini merimaskan, “uruskan” kami bukan “buang” kami.

Abang aku pernah berkata padaku, Perempuan diibaratkan seperti rambut. Rambut jikalau tak diurus dengan baik pastinya menjadi kusut dan merimaskan, bukan? Jadi, perlukah kita membotakkannya untuk menghilangkan kusut masai itu? Boleh, namun yang demikian kusut itu pasti datang lagi dan lagi. Jadi, penyelesaiannya? Perlulah diurus dengan baik seperti membasuh rambut, meminyakkannya dan menyikatnya dengan baik. Pasti ia tidak merimaskan dan kemas lagi cantik. Sebegitu juga perempuan, jikalau dibuang pun dari hidup seseorang lelaki itu akan perempuan sekian2 kerana merimaskan, akan datang jua dalam kehidupan seseorang lelaki tersebut selepas itu akan perempuan yang lain meskipun dia akan berbeza dengan orang yang sebelumnya. Akan tetapi, sekiranya tidak diurus dengan baik akan terjadi jua hal yang tadi itu. Seterusnya, hal itu akan berterusan jika tidak berjaya menguruskan dengan baik. Impaknya pasti  membawa bencana buat ummah  dan masyarakat Islam seluruhnya, bukan?


Panjang lebar abang aku cuba menerangkan kepada akumengnai perihalnya seseorang lelaki itu mengenai “pengurusan hal ehwal perempuan”. Ok, sebelum terlupa baik kita berbalik pada topic iaitu Wali.

Justeru, para wali yang disayangi dan disegani oleh kami para wanita kerna tanpa dirimu tidaklah lahir kami ke dunia ini jua. Perempuan pastinya memerlukan lelaki sebegitu sebaliknya jua. Bentukkan dirimu supaya menjadi seorang yang boleh memimpin di masa akan datang. Jangan dikatakan engkau itu  masih muda, perlukan “keseronokkan” lagi sementara usia masih muda. Seronok itu perlu tetapi jangan berlebihan sehingga lupa akan diri  dan tanggungjawab yang menanti dihadapanmu.  Engkau bakal menjadi bapa yang perlu mendidik “insan2 yang baharu” di masa akan datang. Engkau bakal menjadi berusia jikalau umurmu diizinkan Allah untuk lebih panjang lagi.

Jangan rosakkan akhlakmu. Jangan mendayuskan dirimu waima hidupmu masih lagi muda. Isikan dirimu dengan amal sekarang sementara tubuhmu masih kuat dan waktumu masih lapang untuk  berada di mana2.

Jikalau engkau sedar dirimu adalah seorang wali. Engkau pasti  boleh menjadi  pelindung dan penjaga buat kami wanita2 yang berada di sekelilingmu. Wanita seperti kami pasti beruntung mempunyai pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan kami dan berlemah lembut terhadap kami dan membentuk kami menjadi insaniah yang mempunyai arah dan bukan yang merosakkan, menghancurkan serta mengeksploitasikan kami buat kehendak nafsumu semata..

Engkau adalah wali serta khalifah dunia. Tidak semestinya perlu menjadi Perdana Menteri bahawasanya engkau adalah khalifah dunia. Engkau perlu menjadi khalifah buat dirimu dan keluargamu.  Buat kami para wanita yang seumpama ini  sentiasa perlukan batasan jagaanmu. Hormati  kami dan lindungilah kami!

Akhirnya, aku jua seorang wanita. Bukan aku ingin prejudis terhadapmu wahai kaum lelaki.  Cuma,  aku ingin sedarkan dirimu  yang mungkin terhanyut dalam  lenamu sahaja.  Dirimu itu diperlukan diwaktu ini dan selamanya.  Bukan mudah menjadi seorang wali tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan. Aku pasti dan yakin ada di antara kalian boleh melakukannya!

Wahai anak2 gadis dan perempuan seumpamanya..

Wali itu pasti ada. Meskipun kita ditindas oleh “pemimpin” keluarga kita, meskipun kita di dayuskan dan dieksploitasikan hak kita sebagai seorang wanita. Berserahlah pada Allah SWT. Meskipun kita mungkin kehilangan wali2  yang boleh menjadi “pelindung”. Allah itu ada! Jangan dikau bersedih dan jangan dikau hancurkan dirimu dengan mehlah dunia yang bergolak ini kerana kelemahan jiwamu itu. Kita kuat! Jangan lemah! Teruskan perjuangan untuk mujahadah!

Alhamdulillah..  Fuhhhh.. tamat sudah entry untuk kali ini.  Jangan jemu membaca, ya? Ada bait2 puisi untuk awak semua..

Wali itu bukan pada namanya Wali,
Wali itu bukan pada namanya Tok Syeikh berilmu tinggi,
Wali itu bukan dicari ketika ingin dinikahi,
Tetapi Wali itu adalah pemimpin sejati,

Wahai pemuda engkaulah Wali,
Pemimpin dunia  khalifah insani,
Jangan kau alpa akan duniawi,
Tanggungjawab mu melindungi kaum emosi,

Wahai gadis-gadis muda,
Meskipun Walimu hilang punca,
Tidak mendidikmu berperibahasa,
Janganlah engkau berputus asa,

Wahai muslimin yang gagah,
Bernikah itu sememangnya sunnah,
Janganlah menjadi Wali yang membawa fitnah,
Menghancurkan ummat tanpa amanah,

Jadi Wali perlu membentuk diri,
Dengan sikap-sikap yang terpuji,
Bukan berkata dayus dan meninggi diri
Menggunakan wanita serta mengeksploitasi.

Tuesday, 15 April 2014

Jangan Memberi Harapan Palsu Pada Cinta


Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..
Memberi cinta umpama mengekang sesorang dari hidup bebas. Terhimpun dalam kelompok tanggungjawab. Benarkah sebegitu?
Ada seseorang pernah berkata.."Jikalau cintakan seseorang tu biarkanlah ia terus bebas.."

Ada seseorang yang lain pulak berkata..
" Jikalau diberi bebas..itu bukan cinta namanya..Bebas tapi perlu terbatas.. Kalau nak bebas sebaiknya hidup bersendiri.."

Bagi aku, bebas itu perlu tetapi ada batasnya..
ibaratkan tali yang diikat, jangan terlalu longgar, jangan terlalu ketat, sederhana ikatannya tetapi kemas.. tak sampai terbuka ikatannya, tak terlalu sukar menghuraikannya..

Sebegitu hidup, sebegitu juga cinta.. Kita hidup dengan orang.. Kita bercinta juga dengan orang..bukan dengan robot.. Perasaan tu macam tali lah.. Jangan terlalu mengharap sampai lemas, jangan tak berharap sampai terasa bebas..

Sederhana dalam setiap perkara..mungkin ada yang baik di luar sana tetapi belum tentu baik untuk kita.. Mencari sesuatu yang baik tak salah tetapi jangan sampai berikan harapan yang menggunung terhadap perasaan orang lain yang tentu sudah mengharapkan kita. 

Jangan rasakan anda sudah boleh jadi wira/wirawati dengan berikan 'harapan palsu' terhadap orang lain. Tindakan itu salah! Nyata, anda tidak boleh menyintai sesorang dengan simpati semata-mata..Kemudian tindakan anda membuat keputusan mendadak tanpa fikirkan akibat yang bakal melanda..

Banyak kes diluar sana, pembunuhan, dendam, sihir dan sebagainya bertunjangkan perkara yang dilihat remeh temeh ini. Kemudian anda salahkan mereka kerana berbaurkan nafsu dan hasutan syaitan.. Anda yang membuka jalan untuk syaitan itu mendekati mereka2 ini untuk menyakiti anda!

Justeru, jika anda yang memikirkan apa yang anda lakukan masih mempunyai harapan untuk diubah, ubahkanlah, jika ada di antara anda ingin berfikiran seperti itu, berubahlah..
Pandang sesuatu biarlah jauh ke hadapan bukan ke belakang.. 

Pada yang sudah mula nak menyantau dengan pelbagai ubat guna-guna kerana sakit hati atas seseorang dan pada yang sedang merangka strategi untuk menjatuhkan orang lain.. bertaubatlah.. Di dunia ini, kita tak mungkin miliki apa yang kita mahukan.. termasuk
CINTA..

Ya! Anda pernah disakiti dan saya juga merasakan kesakitan yang sama..pernah jua disakiti insan bernama manusia.. Tetapi, apakan daya kita yang lemah...? Doa mohon hati kita tidak terus cenderung pada hal yang bernafsu sekali lagi dan tidak terjebak ke dalam lubang yang sama sekali lagi!

Berdoa dipertemukan hati2 manusia yang berjiwa nurani seperti wajah2 mereka jua.. Mohon doa jangan dipertemukan mereka yang berwajah alim lagi baik tetapi hati sekejam serigala pemakan kambing!

Kata2 ini bukan mengatakan saya bagus ataupun seorang penceramah bertauliah. Cuma, saya bertekad tidak mahu ada segolongan anda di sini menyakiti dan di sakiti lagi.. Cukup saya seorang merasakannya dan anda mempelajarinya tidak mengulang kesilapan yang sama..

Sementelah ada yang bercerita signifikan pengalamannya seperti saya tetapi lebih teruk lagi..Jiwa saya rasa walah kerana meletakkan diri ini di dalam diri mereka.. Jadi tinta noktah di sini, seperti kata
Saidina Ali Karamallahu Wajhah,"Orang yang bijaksana adalah orang mempelajari dari kesilapan orang lain"
Wallahu A’lam


Monday, 14 April 2014

Citer Pasal Kahwin......


Assalammualaikum… huhu.. Sedih.. kadang2 terasa hati jgk ditanya2 makcik2 ni..

"Lepas belajar, kahwin ke?"
"Dah ada ehem2 ke?"
"Dah ada nanti, jangan lupa jemput pulak ye.."

Sedih je.. bukan ape.. Aku ni bukan taraf #andartu pun.. Mungkin  wajah tampak lebih matang dari usia sebenar tambah2 cara pemakaian  aku pun ada yang panggil  #makcik2.. selekeh je..hurmm..

Aku bukan orang kaya boleh beli baju cantik2.. Ada tu baju boleh  menutup aurat pun dah cukup syukur dah.. Niat nak bergaya? Ukur baju di badan sendiri lah kawan.... Sedar diri.. bumi kita berpijak, langit tu kita junjung.. (betul ke pepatah aku..ni..? erkk.. lantaklah..)

Cantik? Ayat superb yang aku memang langsung tak pernah dengar dari mulut sesiapa pun.. kuikui.. tapi alhamdulillah lengkap muka aku ni.. takde cacat mane2..
Tapi.. siapa tak ingin nak kahwin ye, dop?? Aku pun teringin.. hurmm tapi tu la tak nampak bayangan “jodoh” tu kat mana2.. (ade sesape nampak tak”jodoh”aku ni? Kot2 aku tertinggal kat mana2.. :P hikhik.. merepeksss jer…)
Mak aku cakap.. diri sendiri pun tak siap ape2 lagi.. nak kahwin.. Banyak benda lagi kena tahu sebelum nak kahwin.. Badan kena sihat wal afiat.. Nak buat kerja  rumah lagi.. Nak tunaikan “tanggungjawab” “zahir” dan “batin” lagi.. Dah siap ke?? (adesss kena tembak hidup2 tuu… terkono eden..)
Tapi.. ade betulnya cakap mak tuh.. Takde salah pun.. Yang salahnya kita remaja  sekarang ni.. Tanpa pantang larang.. main handas jer nak kahwin.. ( handas means terjah..bahasa aku  :P)
Ok, semua jangan gelak2 k.. aku tahu korang dah start gelak.. (Fine! dah 3 entry aku  merepeksss pasal kahwin jer… nampak sangat tengin  kat situ.. :P )
Hah! terkejut kau! Kasor la plak bahasa  aku.. :P sori.. salah teman.. Kahwin.. hurmm..mak aku cakap “happy” masa awal2 kahwin jer.. lepas “honeymoon” mula la macam2 era kehidupan berlaku.. Era Zaman Batu, Era Zaman Logam.. (perghh.. macam baca sejarah la plak.. :P) tapi itulah kenyataannya..  Kahwin ni bukan senang, yong, yob! ( macam berpengalaman jerr aku cakap..)
Apepun..ready2 la sebab jodoh ni boleh datang anyway dan anytime je.. Macam maut jugak.. Ajal, jodoh, pertemuan di tangan Allah juga..
Ok, nak merepek pasal kahwin ni sambung entry seterusnya la ye.. Kangg ade yang kata aku  tenginn..plak.. k bubye.. Assalammualaikum.. Happy reading! 

Thursday, 10 April 2014

Kahwin Awal.. Ape Pendapat Mereka?



Assalammualaikum.. blogger readers semua..
     Hari tu aku tanya kawan aku ni.. Saje tanya pasal pendapat dia.. Tajuk dia.. (Jangan rasa menyampah plak ye..)
KAHWIN AWAL
Terkejut kawan aku ni.. Kenapa aku tanya soalan cepu perak camtu.. kuikui..saje2.. Aku nak tengok pemikiran yang macam mana anak muda zaman sekarang ni.. (macamlah aku ni tua sangat.. cehh  )

Kawan aku cakap; TIDAK! Dia kata mana sempat nak enjoy life lagi. Nanti dah kahwin terikat dengan kuasa infiniti a.k.a suami. Nanti dah ade anak, nak usung ke sana ke mari. Leceh katanya.

Aku? Diam ajelah. Nak kata ape? Dengar dulu bagi habihhh..

Tetiba datang kakak2 senior aku. Alang2 dah chit chat dpn kedai ice blended nih, aku tanya soalan yang sama tadi kat akak2 senior ni..

Jawapannya: Tidak! Kestabilan ekonomi sangat penting sekarang ni. nak belajar lagi..Takde masa nak fikir pasal kahwin.. Enjoy dulu hidup bujang!

Aku? Diam lagi..

Aku tanya pulak mak aku.. Ok pendapat orang tua2 sangat penting ya, Orang tua kan dah makan garam lebih dari kita dulu. Jadi banyaklah yang mereka tahu..

Jawapan mak aku pulak: Tidak! Yela, baru habis belajar, tak sempat berjasa dgn mak bapak, dah sibuk nak kahwin. Padahal tanggungjawab pada mak bapak tu lagi utama.. (Mak aku tuju untuk LELAKI)

Jawapan mak aku lagi: Kalau nak kahwin pun, ilmu rumah tangga serba seerbi dah tahu ke? Ilmu agama, ilmu dunia? Sekarang ni lelaki tak tengok pandai masak je, tengok jugak ade degree ke diploma ke, ade duit ke tak, rupa cantik ke tak, paling2 penting mesti ade duit! Kat mana2 duit dah jadi sumber penting tau.. Lelaki nak perempuan bekerjaya, supaya boleh support suami nanti. Itu jawapan umum la..Kalau nak kahwin.kahwin..Kalau nak belajar, belajar.. (Mak aku tuju untuk PEREMPUAN)

Aku? Diam lagi..

Tanya pulak kat abang2 aku.. Kali ni pendapat lain pulak aku dapat..
Abg Handsome Reflexo: Wajib Kahwin! Kenapa? Sebab zaman sekarang ni fitnah dah tersebar kat mana2 dah. Nak tunggu duit cukup baru nak kahwin? Haha, duit mana pernah cukup, dik.. Kalau nak kaya, kahwinlah.. sebab kahwin ni meramaikan umat, memperbanyakkan harta.. jiwa pun in shaa Allah tenang jua..Kalau pasangan tu pilih dengan betul la..(Sambil tersenyum..:))

Abg Hulk: Wajib Kahwin! Sebab Baru tamat sekolah menengah macam2 kes kita dah dengar. Baru masuk universiti.. aishh dahsyat, dik..toksah cakapla.. Macam mana jiwa nak tenang? Iman senang benar la goyah.. Perempuan pun purata umur kahwin pun sekitar 20-25.. Ikutkan 25 tahun tu pun dah lewat sangat dah tu.. Perempuan paling mudah la kena fitnah.. Tapi pilih pasangan pun betul2 la jugak.. Takk tenang jugak kalau pilih pasangan macam 'tong sampah'..busuk je dapat.. (dalam tuhh maksudnya..)

Aku? Kali ni aku boleh lah simpulkan sikit2..Aku setuju pasal nikah awal ni.. Banyak faedahnya, itupun kalau dapat orang yang baik2.. Kalau dapat yang nampak je baik, tapi huhhhh.. kurang adab dan akhlak? Acaner nak membimbing keluarga kalau macam itu?

Apepun pendapatnya.. Kahwin ni bukan benda main2..melibatkan banyak pihak.. banyak perkara dalam hidup.. Nanti semua benda perlu dikongsi bersama2.. Takleh dah nak bersikap kedekut hibiaq tuh.. Kestabilan ekonomi, agama, rupa, keturunan, kesihatan, dan lain2  lagi menjadi faktor utama dalam pemilihan pasangan..

Apepun..Kalau dah dapat pasangan.. Pastikan tanggungjawab dan komitmen tu sentiasa ada.. Bertolak ansur,kasih sayang dan jujur perlu sentiasa ada..Banyak lagi nilai2 yang perlu ada untuk menjadikan keluarga harmoni.. tapi dapat dinyatakan yang utama sahaja..

Aceceh..aku ni bercerita macam dah berpengalaman je..Sengal betul..Tapi ni sedikit sebanyak perkongsian pemerhatian aku terhadap isu ni.. Terpulang pada anda semua yang membacanya untuk menilainya.. Aku cuma menulis pandangan aku...

Ok, macam highlight aku dah mewarna warnikan entry kali nih.. kuikui.. harap tak pening la.. hikhikhik.. 


      Oh ye.. banyak yang mengelak dari hal semcam ni sebab takutkan KOMITMEN..! Apepun.. AMANAH ITU SANGAT BESAR UNTUK DI PEGANG! PASTIKAN ANDA CUKUP KUAT UNTUK MEMEGANGNYA! JANGAN SAMPAI TERLEPAS!!
Selamat membaca! :D 

Its About Me!

My photo
Lumut, Perak, Malaysia
Seluas dan sedalam lautan dunia pun masih tidak mencukupi untuk mengukur ANUGERAH ALLAH yang TIADA TERNILAINYA..

Translate

Cute Gingerbread Man