Assalammualaikum
para pembaca semua.. Sihat ke? Alhamdulillah kalau sihat.. Aku doakan semua
sihat2 sahaja. Kalau yang tak sihat tu bawak2 berehat ye..? sambil2 baca entry
aku kali nihh..
Ok,
senyum sokmo kali ni.. Ape ye?? Citer pasal kahwin? Jemu tak membaca? Aishhh..
rasanya tak jemu, kan? (hikhik.. :P )
|
ihsan pakcik google.. :P |
Aku
sambil2 menulis entry ni masa ni aku tengah menonton drama AKU ADA WALI di
TvAlhijrah. Hurmm.. aku pergi mana2 atau ape yang aku tonton pastinya
kecenderungan penceritaannya pada perkahwinan.
Ya..
Aku ada wali. Awak semua yang gadis2 yang sedang membaca entry ni pun pastinya
ada wali. Wali tu bukan Tok
Syeikh2 je, ye? Wali
tu “penjaga”. Kita semua wahai gadis2 pastinya
ade “penjaga”. Penjaga itu merupakan datuk, ayah, abang2, adik2
lelaki dan ahli anggota keluarga lelaki yang lain. (kalau yang
takde sesiapa tu.. Maaf ye.. :/ )
Wahai
anak2 gadis,
Sesungguhnya
kita sebagai “wanita” sememangnya diciptakan
“lemah”. Ya, lemah dari sudut kekuatan fizikal dan emosi.
Namun demikian, bukan aku ingin katakan
yang kita sebagai “wanita” ini “lemah”. Akan tetapi akuilah kita bahawasanya kita
perlukan “penjaga”. Tidak semua perkara kita
mampu lakukannya sendiri, bukan?
Pastinya perlukan pertolongan. Mereka2 inilah menjadi “penjaga”
sekaligus sebagai “penolong” kita.
Wali inilah yang bertanggungjawab menjadi pemimpin kita sedari kecil lagi. Bukan
dicari “wali” ini
ketika mahu ber “nikah” sahaja. Salah tuu.. ye
kawan2..
Malang
untuk kita wahai perempuan. Di zaman millennia kini, kita sudah kehilangan para pemuda, para bapa yang semakin hilang dalam
keimanan mereka sendiri. Tenggelam dalam dunia yang bergolak dan
karam di dalam lautan nafsu sehinggakan mereka tidak lagi
mengenal erti tanggungjawab mereka sebagai seorang “wali” bagi ahli keluarga mereka.
Justeru,
kita sebagai perempuan terpaksa bangun “melindungi” diri kita sendiri. Terpaksa “menjaga” diri sendiri di waktu yang paling galau
pun. Kehilangan para “wali”
juga menghilangkan kita sebagai “wanita2 permata”
ini terus ditenggelami dalam dunia
minoriti. Oleh yang demikian, hal ini sangat2 berat bukan hal yang remeh temeh.
Bermulanya sesebuah negara yang membangun modal insan dan jati diri yang terbina
siasah dan akhlaknya bermula dari para pemuda
dan pemudi itu sendiri. Pernahkah awak semua mendengar..
“Jika ingin melihat sesebuah negara
itu, lihatlah para pemuda dan pemudinya”
Pernah,
bukan? (Maaf,
tak ingat siapa orang yang mengeluarkan kata2 itu..) Jadi… bagaimana
kita ingin menjadikan para pemuda2 ini menjadi yang bertanggungjawab dan
menjadi tonggak negara yang berkualiti dari segi siasah dan jati diri sekiranya
tidak dibentuk sedari kecil lagi. Bagaimana?
Ada
sesiapa boleh menjawab? Ada? (Takpelah..jawab dalam hati jelah ye.. bukan saya boleh
mendengar pun..Allah je yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..)
Ok..
Inilah jawapannya.. Wali!
Boleh kita katakan ingin membentuk sesebuah negara itu bermula dari anak2
kecil. Boleh.. Tidak salah.. Akan tetapi.. Bagaimana ingin membentuk para “anak2 kecil” ini menjadi bertanggungjawab dan penuh dengan sikap nilai2 murni jikalau ibubapanya tidak
dibentuk terlebih dahulu..?
Ingat
atau tidak kita akan pepatah lama, “Dimana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..” ( Ingat tak..?
Tak ingat tuhh bukak balik buku lah ye.. Kalau takpun ‘googling’ lah ye..?)
So,
guys.. (
Tetibe cakap omputih.. :P ) Jadi, orang yang lebih tua seperti ibu bapa
inilah *terutamanya bapa* bertanggungjawab
untuk melindungi dan menjaga anak2 kecil
ini dan membentuknya menjadi
insaniah yang berakhlak.. Jangan nanti
anak2 sudah menjadi “rosak”.. Ketika
itulah nak berbalah antara satu sama lain mengatakan si ibu salah mendidik! ( Maaf ye..
emosi sikit.. )
Wahai
para “Wali”,
Awak
semua telah diberikan “amanah” untuk melindungi, menjaga dan mendidik kami,
perempuan-perempuan, iaitu anak2, isteri2, ibu2, adik2 perempuan dan kakak2
kamu supaya dapat menjadi “wanita2 solehah
perhiasan terbaik dunia”.
Tidakkah
kamu bangga untuk menjadi pelindung2 wanita yang berintegriti? Disebut2 namanya
oleh para malaikat, para rasul dan Allah SWT? Tidakkah kamu ingin memasuki ke
syurga sambil dipimpin oleh kami,
wanita2 yang telah kamu lindungi di dunia?
Sememangnya
perempuan ini diakui oleh
kebanyakkan lelaki suatu “objek yang merimaskan”. Jikalau
sedemikiankami digelar “objek” bagi kaum lelaki yang naif dan ego
di dalam menjalankan tanggunjawabnya. Sedarilah! Jika benar, kami ini
merimaskan, “uruskan” kami bukan “buang” kami.
Abang
aku pernah berkata padaku, “Perempuan diibaratkan seperti rambut. Rambut jikalau tak diurus dengan baik
pastinya menjadi kusut dan
merimaskan, bukan? Jadi, perlukah kita membotakkannya untuk menghilangkan kusut masai itu? Boleh, namun yang
demikian kusut itu pasti datang lagi dan lagi. Jadi, penyelesaiannya? Perlulah diurus dengan baik
seperti membasuh rambut, meminyakkannya dan menyikatnya dengan baik.
Pasti ia tidak merimaskan
dan kemas lagi cantik. Sebegitu juga perempuan, jikalau dibuang pun dari hidup seseorang lelaki
itu akan perempuan sekian2 kerana
merimaskan, akan datang
jua dalam kehidupan seseorang lelaki tersebut selepas itu akan perempuan yang lain
meskipun dia akan berbeza dengan orang yang sebelumnya. Akan tetapi, sekiranya tidak diurus dengan
baik akan terjadi jua hal yang tadi itu. Seterusnya, hal itu akan berterusan jika
tidak berjaya menguruskan dengan baik. Impaknya pasti
membawa bencana buat ummah dan
masyarakat Islam seluruhnya, bukan?”
Panjang
lebar abang aku cuba menerangkan kepada akumengnai perihalnya seseorang lelaki
itu mengenai “pengurusan hal ehwal perempuan”.
Ok, sebelum terlupa baik kita berbalik pada topic iaitu Wali.
Justeru,
para wali yang disayangi dan disegani oleh kami para wanita kerna tanpa dirimu tidaklah
lahir kami ke dunia ini jua. Perempuan pastinya memerlukan lelaki sebegitu
sebaliknya jua. Bentukkan
dirimu supaya menjadi seorang yang boleh memimpin di masa akan datang. Jangan dikatakan engkau itu masih muda, perlukan “keseronokkan” lagi sementara usia masih muda. Seronok itu perlu tetapi
jangan berlebihan sehingga lupa akan diri
dan tanggungjawab yang menanti dihadapanmu. Engkau bakal menjadi bapa yang perlu mendidik “insan2 yang baharu” di masa akan datang. Engkau bakal menjadi berusia
jikalau umurmu diizinkan Allah untuk lebih panjang lagi.
Jangan rosakkan akhlakmu. Jangan
mendayuskan dirimu waima hidupmu masih lagi muda. Isikan dirimu dengan amal
sekarang sementara tubuhmu masih kuat dan waktumu masih lapang
untuk berada di mana2.
Jikalau
engkau sedar dirimu
adalah seorang wali.
Engkau pasti boleh menjadi pelindung dan penjaga buat kami wanita2 yang berada di sekelilingmu.
Wanita seperti kami pasti beruntung mempunyai pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan kami
dan berlemah lembut terhadap kami dan membentuk kami menjadi insaniah yang
mempunyai arah dan bukan
yang merosakkan, menghancurkan
serta mengeksploitasikan kami buat kehendak nafsumu semata..
Engkau
adalah wali serta khalifah
dunia. Tidak
semestinya perlu menjadi Perdana Menteri bahawasanya engkau adalah khalifah
dunia. Engkau perlu menjadi khalifah buat dirimu dan keluargamu. Buat kami para wanita yang seumpama ini sentiasa perlukan batasan jagaanmu. Hormati kami dan lindungilah kami!
Akhirnya,
aku jua seorang wanita. Bukan
aku ingin prejudis terhadapmu wahai kaum lelaki. Cuma,
aku ingin sedarkan dirimu yang
mungkin terhanyut dalam lenamu sahaja. Dirimu itu diperlukan diwaktu ini dan
selamanya. Bukan mudah menjadi seorang
wali tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan. Aku pasti dan yakin ada di
antara kalian boleh melakukannya!
Wahai anak2 gadis dan perempuan seumpamanya..
Wali
itu pasti ada. Meskipun kita ditindas
oleh “pemimpin” keluarga kita, meskipun kita di dayuskan dan dieksploitasikan
hak kita sebagai seorang wanita. Berserahlah pada Allah SWT. Meskipun kita mungkin
kehilangan wali2 yang boleh menjadi “pelindung”. Allah itu ada! Jangan dikau bersedih dan jangan dikau
hancurkan dirimu dengan mehlah dunia yang bergolak ini kerana kelemahan jiwamu
itu. Kita kuat! Jangan lemah!
Teruskan perjuangan untuk mujahadah!
Alhamdulillah.. Fuhhhh.. tamat sudah entry untuk kali
ini. Jangan jemu membaca, ya? Ada bait2
puisi untuk awak semua..
Wali itu bukan pada namanya Wali,
Wali itu bukan pada namanya Tok Syeikh berilmu tinggi,
Wali itu bukan dicari ketika ingin dinikahi,
Tetapi Wali itu adalah pemimpin sejati,
Wahai pemuda engkaulah Wali,
Pemimpin dunia khalifah
insani,
Jangan kau alpa akan duniawi,
Tanggungjawab mu melindungi kaum emosi,
Wahai gadis-gadis muda,
Meskipun Walimu hilang punca,
Tidak mendidikmu berperibahasa,
Janganlah engkau berputus asa,
Wahai muslimin yang gagah,
Bernikah itu sememangnya sunnah,
Janganlah menjadi Wali yang membawa fitnah,
Menghancurkan ummat tanpa amanah,
Jadi Wali perlu membentuk diri,
Dengan sikap-sikap yang terpuji,
Bukan berkata dayus dan meninggi diri
Menggunakan wanita serta mengeksploitasi.