Assalammualaikum
para blogger dan readers semua, dan salam 1 Malaysia hendaknya, apa khabar?
Sihat? Maaf lama tak berkunjung khabar menulis artikel di sini. Aku sibuk sikit
sebab sejak keluar ‘result’ SPM, aku agak sibuk nak memohon sana sini
IPTA/IPTS.
Tapi
malangnya, aku tak dapat mana-mana IPTA yang aku inginkan. Huhu.. Tak apelah
rezeki di tangan ALLAH SWT. Tak dapat tu maksudnya ade rezeki kat tempat lain
lah tu. It’s okay… (senyum sokmo)
IPTS
pulak duit kena banyak keluar. Kadang-kadang tak masuk akal je pembayarannya.
Jadi, disebabkan kecurigaan yang tinggi
dan was-was tu, aku rasa lebih baik tak perlu pergi ke mana-mana IPTA/IPTS.
(buang masa je..)
Sekarang
ni kan banyak sangat graduan menggangur sana sini, hinggakan pangkat PhD pun
ade. Haisshh..susahlah macam tu, mak ayah dah ‘melabur’ duit banyak pada kita,
tapi kita? Nak membalas balik tu dah susah, akhirnya mati kena kutuk je. Bukan
kena kutuk ngan masyarakat je, mak ayah kita yang menjadi sumber ‘keredhaan’
dan ‘keberkatan’ hidup tu pun bakal kutuk kita diam-diam kalau tak kutuk pun
akan sedih memikirkan tentang kita yang tak menentu hala tuju hidup.
Harapan
mak ayah kita ni satu je bukan nak ape pun, nak kita bahagia dengan hidup kita,
mampu berdikari dengan kaki sendiri, ada keluarga sendiri, mampu membina
kehidupan yang jauh lebih baik dari mereka sendiri. Itu sahaja..
Jadi,
kalau kita belajar setinggi langit pun sampai berhabis tanah mak ayah kita
gadai nak bagi kita belajar di IPTA/IPTS tapi akhirnya jadi ‘graduan
penganggur’, ape gunanya? Sijil banyak berhimpun dalam rak sampai berhabuk pun
ape gunanya kalau tak bekerja sesuai dengan sijil-sijil yang kita dapat tu?
Buang masa, buang duit je.. dah lah tu.. berhutang pulak tu.. Nak bayar macam mana
tu kalau tak bekerja??
Jadi,
kita ni bukannya bodoh, sekarang ni zaman IT bukan zaman ubi kayu lagi. Jadi,
kenapa kebanyakkan orang kita ni buat ‘pekak’, ‘bisu’ dan ‘buta’ terhadap yang
terjadi di sekeliling kita? Dah tahu ramai yang masuk IPTA/IPTS tu hampir
ratusan ribu penggangur bersijil, tak bekerja, kita masih nak lakukan hal yang
sama? Terjun dalam jurang yang sama? Tak ke ‘kurang cerdik’namanya tu..
Kalau
zaman dulu-dulu, awal 40-an ke 50-an,
masuk universiti tu mmg kompem terjamin
dapat kerja, bergolok gadai tanah pun kira berbaloi masa tu sebab jaminannya
hidup senang selepas tu, ade kerja. Gaji? Memang lumayan. RM100 tu macam-macam
boleh beli, kira mcm org kaya kat kampung la.. Mak ayah pun bangga kata anak
dia seorang yang terpelajar.
Tapi
sekarang fenomena dah lain, bukan macam dulu dah, masuk universiti kalau bukan
anak orang kaya tak mungkin la dapat kerja yang beriban-riban (ribu-ribu) tu.
Selalu aku dengar anak orang kaya ni senang je nak dapat kerja sebab mak ayah
mereka ni ade ‘pengaruh’, orang ‘besar-besar’, mereka boleh guna ‘orang dalam’
semata-mata nak bagi kerja ikut sijil si anak tu. Licik betul!
Bukanlah
saya nak mengeji ke apa, orang ‘besar-besar’ yang tak buat tu tak perlu terasa
lah ye? Kalau yang buat tu jangan pulak nak saman aku ni pulak, dah buat salah
tu mengaku jelah, tak berkat pun kalau buat benda salah ni..
Moh
kita lihat zaman dulu, boleh kata mana ade anak orang ‘besar-besar’ ni
kalau ade pun tu, ‘anak raja’ atau ‘anak para pembesar’ tak pun ‘anak ketua
kampung’, selebihnya semua anak petani, anak pesawah, anak penoreh getah, anak
pengait kelapa dan macam-macam lagi.
Memang
ade orang zaman dulu buat macam orang sekarang ni, guna ‘orang dalam’ bagai nak
hantar anak masuk universiti, biasalah sejarah memang biasanya akan berulang
semula dalam setiap aliran zaman kehidupan. Sifat buruk dan baik tu memang akan
berulang ke anak cucu kita, jadi kalau nak masa depan yang baik, berubahlah
kepada lebih baik supaya ‘sejarah lama’ yang tipikal macam ni tak mungkin berulang
kembali. Start dari kita dulu…
Sekarang
ni, baik kita guna akal yang ALLAH SWT beri kepada kita supaya tak berulang
kesilapan yang sama macam orang lain lakukan kebanyakkannya. Tak bersijil atau
tak ke universiti, takde diploma, takde ijazah, takde master, takde PhD bukan
bermakna kita ni terlalu lemah atau tak terpelajar. Malahan bukan juga bodoh
malah tak keterlaluan juga aku katakan anda sangat bijak!
Kenapa bijak? Kerana kita tak perlu mengikut
fenomena yang menjadi ‘kebiasaan’ kepada orang lain. Belum tentu ape yang kita
nampak baik dan bagus tu baik untuk kita. Belum tentu! Anjakkan paradigma diri
kepada sesuatu yang luar biasa! Ya! Luar biasa! Luar kebiasaan orang lain biasa
buat.
Luar
biasa yang biasa aku maksudkan bukan pergi panjat bangunan KLCC ke atau buat
hal yang pelik2 sebab nak pecah rekod masuk dalam BOOK OF RECORDS ke ape..
tak.. bukan macam tu..
Luar
biasa yang aku maksudkan adalah keluar dari kebiasaan, macam kalau orang
sekarang ramai pergi belajar ke universiti, mungkin kita pergi belajar bukan ke
universiti, kita pergi belajar kemahiran, kat kolej komuniti
ke, tingkatkan kemahiran yang sedia ada, asah bakat yang terpendam
(kalau ade..) kalau takde pun jangan sedih, setiap orang diberi kemahiran yang
berbeza, cuba berhenti sejenak dan pejam mata rapat-rapat, dan fikirkan
baik-baik mungkin ade yang anda terlepas pandang, perkara yang mungkin nampak
remeh-temeh tu, mungkin adalah perkara yang boleh anda asah menjadi bakat dan
seterusnya menjadi sumber pendapatan anda! Tidak Mustahil!
Tak
hina pun belajar hanya setakat sijil, sebenarnya kalau dipandang betul-betul,
ramai jutawan di dunia ini bukannya habis sekolah pun sebenarnya, tak ke
universiti pun, tapi mereka boleh
berjaya. Kenapa? Kerana mereka tahu hendak menggunakan masa, usaha dan bakat
mereka kepada perkara yang betul!
Jadi,
jangan jadi anjing yang menyalak bukit, anjing yang hanya tahu menyalak
sedangkan bukit tu bukan bergerak pun. Aku asyik terdengar ramai betul manusia
jenis macam ni. Tahu menyalak sahaja, kalau nak dunia tu berubah, mula dari
diri sendiri bukannya menyalak macam anjing kepada orang lain. Mula yang macam
mana? Mula untuk mengubah diri sendiri ke taraf yang lebih baik, buktikan anda
boleh berjaya!
Ini
tidak, nak suara didengar pergi
ber’demonstrasi’ di tepi jalan,
menghantar memorandum kononnya. Bagi aku tak lebih seperti anjing yang menyalak
bukit sahaja! Sedangkan orang yang nak dimaklumkan tu berada di dalam sebuah
bilik khasnya, sedang menatap hal-hal lain. Tak ke ‘kurang cerdik’ namanya tu.
Orang itu sedang sejuk berhawa dingin, anda berpanas di bawah terik mentari,
kalau anda seorang tak ape, ini tidak menyusahkan ramai orang. Memaksa mereka
menyokong akan salakan anjing sebegitu.
Cubalah..cubalah..
anda cuba menjadi orang yang berjaya! Anda tak perlu ramai orang untuk
berkumpul seperti anjing-anjing kurap di tepi jalan, anda hanya perlukan diri anda,
jati diri anda dan semangat anda itu sahaja. In shaa Allah, jika niat anda
memang betul luhur dan murni, anda seorang sahaja sudah cukup menghantar memorandum
kepada orang tersebut.
Jadi,
tidak ade yang bakal menyusahkan diri berada di bawah terik mentari, tidak ade
yang menyalak seperti anjing, dan hanya anda dan orang tersebut di dalam bilik
penghawa dingin, berdebat dengan minda dan intelektual yang kukuh, jikalau anda
menang dengan gaya yang ‘sopan dan terhormat’ sebegitu. Anda bakal dapat bantu
ramai orang tanpa perlu menyusahkan orang lain dengan cara ‘tidak bertamadun’
begitu.
Buktikan
yang anda seorang intelektual abad ke-21 bukan orang zaman ubi kayu yang tak
berpelajaran. Anda dilahirkan didalam ‘tamadun’ bukan ‘di dalam kelompok
haiwan! Anda adalah manusia, manusia yang
dikurniakan akal yang terlalu istimewa oleh ALLAH SWT. Jadi, manusia mestilah
bersikap seperti manusia.
Maafkan
saya akan kelantangan bersuara di dalam artikel kali ini, ini adalah artikel
untuk membuka minda kepada semua orang, bukan sahaja rakyat malahan orang
besar-besar juga boleh membacanya. Maafkan saya sebab mengguris hati sesetengah
pihak, namun akuilah kesalahan kerana orang yang akui kesalahan dan cuba memperbetulkan kesalahan itu akan terus
berjaya kerana mereka sentiasa memperbaiki silap mereka.
Sebelum
ape-ape marilah kita lihat diri kita dahulu, di mana dan ape silapnya di masa
lalu, semoga menjadi pengajaran buat masa depan. Tidaklah aku katakan, aku
seorang yang sempurna tetapi lebih tepat aku adelah manusia seperti anda juga,
silapnya banyak, kurangnya pun banyak. Maafkan saya atas artikel kali ini
diharapnya. Semoga ade antara anda terkesan dengan pembacaan ini. Sama-salah
kita ambil manfaat dari pembacaan kali ini, dan ape yang tidak betul, jadikan
sempadan kehidupan.. In shaa Allah..
Kini,
aku ingin maklumkan aku bakal melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pondok
untuk mendalami ilmu agama Islam yang menjadi asas hidup sebagai seorang
muslimah. Kerana dalam banyak-banyak
ilmu sebaik-baiknya ilmu agama Islam kerana hanya amal Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah Saw sahaja yang bakal mengikuti aku sehingga hari kiamat. Doakan aku
untuk belajar dengan baik di sana ya? Doakan aku berjaya di dunia dan akhirat
kelak.. In shaa Allah..
Jikalau
ade masa in shaa Allah kita bakal bersua
lagi dalam artikel akan datang.. Wa ilalliqa’ dan Assalammualaikum wbt.